CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Poring Hot Spring. Show all posts
Showing posts with label Poring Hot Spring. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Kolam Air Panas PORING sebagai tempat rileks dan bercuti...AKSI BERLARI DI ATAS ANGIN..

Kolam air panas Poring adalah salah satu tarikan utama perlancongan di Ranau Sabah dan saya rasa juga di Malaysia. Tempat ini menawarkan satu tempat yang baik untuk acara yang seakan-akan berkelah walaupun perkelahannya tidaklah saman dengan perkelahan di pantai atau air terjun yang lain. Cuma kelebihannya ialah di sini kita boleh mandi air panas yang boleh dikumpul di tab-tab yang tersedia di situ. Kalau anda tidak tahan dengan air yang terlalu panas maka anda boleh mencampurkannya dengan air sejuk yang tersedia bersama.

Di Poring kita boleh perhatikan yang tempat ini sentiasa ada pengunjung dan yang paling banyak ialah pada hujung minggu. Sekali-sekala aku datang ke tempat ini bersama keluarga untuk merasai suasana keindahan alam sekitar kerana tempat ini boleh dikatakan belum terusik keasliannya cuma dibangunkan untuk menjadi  tempat perlancongan..


AKSI BERLARI ATAS ANGIN DI KOLAM AIR PANAS PORING. TERLALU EXCITED SAMPAI MEMBUAT AKSI SEPERTI INI..

Photo di atas adalah photo di kolam mandi utama.

Ini ialah taman kupu-kupu atau rama-rama Poring. Jika kena pada musim rama-rama kita akan dapat melihat banyak spesis serangga cantik ini datang ke sini biasanya pada bulan September atau hujung tahun. Di pondok ini ada diterangkan bagaimana kita membezakan antara kupu-kupu dan rama-rama. Bahagian belakang pondok ini ada tempat penetasan kupu-kupu.. kita boleh melihat serangga cantik ini di dalam kurungan yang terdapat di sana. Bunga-bunga yang ditanam di sekeliling pondok ini menjadi tarikan kepada serangga ini untuk datang ke sini..

Jika anda terasa lapar maka terdapat restoran di kawasan berhampiran dengan kolam mandi utama. Cuma makanan di situ sedikit mahal berbanding dengan restoran yang terdapat di Pekan Ranau tetapi anda juga masih mempunyai pilihan lain dengan menjamu selera di luar kawasan Poring berdekatan dengan pintu masuk utama. Di situ juga terdapat restoran yang mampu menyediakan makanan kepada semua pengunjung Kolam air panas Poring ini.. 

Share

Sunday, March 7, 2010

Bumbung Bambu di Restoran Kolam Air Panas Poring



Memang kreatif..
Belahan bambu digunakan untuk menggantikan tap zink @ asbestos..
Bukan senang untuk melihat keadaan seperti ini lagi..

Tapi..
Yang menyedihkan ialah bumbung bambu ini sudah usang..
Kalau diperhatikan betul-betul ia seakan-akan sudah reput...
Tidakkah ini memalukan terutama kepada pengunjung asing??
Kenapa tiada pemantauan??
Share

Monday, March 1, 2010

Poring Hot Spring Butterfly farm

Poring Hot Spring Butterfly farm


white leaf frog. Resting on the leaf.

The butterfly season is still not coming yet. Its expected to be happened on July. At this moment it is almost empty farm. On the other hand, we can find other type  of creature which staying there..for example leaf frog, colorful grasshopper etc. Be there to experienced it.
Share

Sunday, February 21, 2010

Latest photo of Poring Hot Spring

Photo was taken on 7th February 2010.

 

  
Photo sungai Mamut
Kolam baru di bawah

Masa yang paling sesuai untuk ke sana adalah cuti hujung minggu.
Selamat bercuti..
Share

Wednesday, September 16, 2009

Cuti-cuti di Poring Hot Spring

Kolam utama di pusat perlancongan ini terbahagi kepada dua yang mana satu untuk orang dewasa dan satu untuk kanak-kanak. Kedua-dua kolam itu terletak bersebelahan yang mana cuma terpisah bersebelahan lebih kurang 10 kaki. Tapi yang penting ialah bila kanak-kanak mandi orang tuanya haruslah sentiasa mengawasi kerana malang tidak berbau. Harus hati-hati selalu.
Share

Tuesday, September 15, 2009

AKSI AKROBATIK DI KOLAM MANDI PORING HOT SPRING

Aksi akrobatik di kolam mandi utama di air panas poring. Semua bergembira...
 
For visitor, please leave a comment so i don't forget to visit your blog too:-)
Share

Poring Hot Spring Souvenir

Lagi photo cenderamata yang boleh didapati di gerai-gerai jualan di sepanjang jalan ke kawasan Air Panas Poring. Ada bermacam jenis cenderamata yang di jual di sini. Ada yang diperbuat daripada batu (terutama dari jenis kuarza dan serpentenite-dara jed) Harga Rm5 satu tapi ada juga yang mencapai Rm100 mengikut kecantikan batu etrsebut dari warnanya dan kilauannya, ada yang dari bambu dan macam2 lagi.
Share

Monday, September 14, 2009

Poring Hot Spring Ranau souvenir

If you visit Poring Hot Spring in the future don't forget to buy some souvenir for yourself. You can choose you souvenir with reasonable price and you can bargain its too.

Share

Saturday, September 12, 2009

Poring Hot Spring Ranau Sabah

 
 Inilah Takungan Punca Air Panas Poring. Cerita orang tua-tua dulu air yang keluar dari tempat ini boleh memasak telur apabila telur itu diletakkan di dalam air tersebut. Tapi kepanasan mata air poring sekarang tidak lag begitu panas kerana ia tidak dapat memasak telur lagi.
Pun begitu airnya masih panas dan untuk keselamatan ia perlu di campur dengan air sejuk apabila anda bercadang untuk mandi di dalam tab- tab yang telah disediakan. 
Jika anda bercadang untuk mandi air panas di sini tak perlu bayar apa-apa. Cuma ada bayarannya waktu masuk di pintu masuk utama Rm3 sahaja. Kanak2-Rm1 
Ini sign board Poring Hot Spring

Share

Entri-Entri terkini