CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, August 30, 2010

Bisnes melalui internet... Jangan Ceburi jika anda tiada pengalaman dan bimbingan..

APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI BISNES INTERNET TERUTAMANYA 'MLM'...

Salam,

Saya di sini ingin berkongsi apa yang saya serba sedikit tentang bisnes-bisnes internet yang memang banyak sekarang diiklankan di internet. Jika anda melayari internet sudah pasti anda akan melihat iklan-iklan yang mereka letakkan pada ruang-ruang iklan di laman web. Tentunya paparan-paparan yang tertulis di situ menjanjikan seribu satu kata-kata dan janji-janji manis yang menjamin pulangan lumayan dari bisnes mereka.

OK....

1) BISNES JUALAN LANGSUNG ATAU 'MLM'

Bisnes yang paling biasa ditawarkan di internet adalah MLM atau jualan langsung dan juga jualan produk-produk ciptaan peniaga-peniaga internet. Saya tidak mau kata yang bisnes ini tidak menguntungkan tapi saya mau kongsi beberapa perkara..

Biasanya dalam MLM kita kena beli produk yang biasanya dalam bentuk pakej yang berharga beratus-ratus  ringgit malah ada yang sampai beribu-ribu ringgit untuk jadi ahli sahaja sebelum anda boleh beroperasi seperti mereka. Selepas itu anda kena cari downline lagi... Bisnes ini tidak semudah kata-kata mereka. Bila kita dah jadi ahli yang akan menerima pendapatan adalah upperline.. Kalau kita tidak seberapa mahir tentang selok-belok bisnes internet, baik fikir panjang kerana kita hanya akan dapat duit bila ada orang jadi downline kita. Bukan senang untuk cari downline.. Kalau 100 iklan yang anda buat di internet anda boleh kira berapa kali iklan anda di baca orang. Tu pun belum tentu ada yang mau jadi downline anda... Kita sudah melabur sekian banyak wang cuma dapat barang yang syarikat itu jual, memang bagus juga kerana barang tu berkhasiat juga la tapi hakikatnya bukan di situ pendapatannya. Syarikat berselindung dengan produk mereka dan guna duit bayaran kemasukan sebagai ahli untuk diagihkan sebagai komisen..

Jadi hati2.

2) KLIK DAPAT DUIT

Betul ka?

Ada kawan saya yang telah mengalami pengalaman seperti ini.. 1 klik 10 sen... Kalau tengok iklannya beberapa hari ja anda sudah jadi kaya.. tapi kata kawan saya cuba tengok iklan paling bawah...

"Anda  ingin jadi ahli MURAH saja, RM20 bayar kepada akaun maybank @ Cimb dan macam2 lagi bank". Bila anda sudah bayar, kalau tak percaya suruh kawan anda klik2 padanya... Ada yang beratus2 klik da dapat tapi bila orang tu tak beli e-book dari pencipta bisnes ini kita hampe.. apa pun tidak dapat. Penjual E book da senang lenang katanya satu bulan dapat puluhan ribu. Hakikatnya mereka tidak mendapat untung dari klik tu tapi mereka ambil duit mudah dari pembelian e book atau karya tulisan mereka yang mereka cipta sendiri. Kita tidak dapat apa-apa. Kalau dapat pun dalam sen2 ja.. Kalau tidak percaya cuba la yang murah2 bayaran pendaftaran. Rugi pun tidak banyak. 

Tapi mereka pencipta e book tidak bersalah dalam hal ni. Cuma mereka mengambil kesempatan ke atas orang-orang yang kurang memahami perjalanan bisnes ini.

Ada banyak lagi bentuk bisnes internet yang menggunakan berbagai-bagai cara operasi mereka cuma mereka rata-rata menggunakan cara yang  sama iaitu bayar dulu sekian banyak wang dan sertai bisnes kami dan anda akan untung beribu-ribu.


Apapun kita kena berhati-hati dengan apa jua bisnes yang kita ingin ceburi.. Jangan terpengaruh dengan kata-kata manis mereka.

Kecuaian akan membawa padah kepada diri sendiri..



Share

2 comments:

Unknown said...

yang ni memang betul..kalau takde pengalaman silalah dapatkan nasihat pakar...kalau tak hancus

iddinm said...

Bukan saja hancus bean tapi mungkin lebih teruk dari itu....hehehe

Entri-Entri terkini