CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, December 16, 2009

Kampungku Kampung Mohimboyon

Salam,

Kehidupan di kampung memang kebanyakannya bergantung sepenuhnya dengan hasil pertanian. Dulu saya pernah tulis tentang penduduk kampung yang menanam sayur-sayuran dan padi. Satu lagi tanaman yang biasa di tanam ialah buah-buahan.

Baru-baru ini musim durian dan sudahpun sampai ke penghujungnya. Tinggal sisa-sisa lagi walaupun di Ranau masih ada lagi tapi semakin ke penghujug musim juga. Yang banyak sekarang ialah buah tarap dan langsat. Buah tarap mentah boleh di jadikan sayur dan amat lazat direbus bersama sedikit ayam atau daging atau ikan masin. Ini ialah sayur kegemaran saya. Kalau buah tarap dah masak boleh makan juga. Saya tidak lah pemakan buah tarap yang banyak tapi memang suka juga lah seperti kebanyakan penduduk kampung.

Sekarang pula musim buah langsat. Kalau pokok berbuah banyak sikit, boleh la di jual untuk menjadi sumber pendapatan selain untuk di makan sendiri. Pada ketika tulisan ini harga sekilo langsat adalah rm1.30 sekilo. Harga ini tidak lah begitu baik tapi bolehlah untuk penduduk kampung. Daripada buruk saja di pokok bagus petik dan dapat menghasilkan sedikit sumber pendapatan..

Biarpun musim ni tidak lama lagi akan berlalu juga tapi asalkan ada sedikit tambahan pendapatan itu sudah lebih dari memadai. Kadang-kadang dengan mengharapkan sumber pendapatan yang seperti ini pendapatan mereka melebihi pekerja kerajaan. Syukurlah bagi mereka kerana musim seperti ini dapat memberi mereka pendapatan tambahan..

Salam..
Iddin. Share

Entri-Entri terkini