CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, December 17, 2009

Kempen di Facebook buang tugu Obama



SEORANG lelaki melintasi tugu Obama di Jakarta.

Tak setuju pemimpin AS diberi penghormatan

JAKARTA: Tugu kecil Presiden Barack Obama ketika kanak-kanak di sebuah taman di Jakarta kini menjadi sasaran beribu-ribu orang dalam kempen Facebook yang mahukannya dibawa keluar dari situ.

Kumpulan ahli Facebook bernama 'Turunkan Patung Barack Obama di Taman Menteng' menarik lebih 10,000 ahli kelmarin.
Tugu Obama ketika berusia 10 tahun yang berukuran 110 sentimeter itu, dilancarkan di taman berkenaan, Khamis lalu.

Heru Nugroho, pengasas kumpulan berkenaan, berkata beliau terpaksa menggunakan rangkaian web sosial itu untuk mendapatkan sokongan bagi mendesak Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo supaya memindahkan patung berkenaan.

"Semua orang tahu Obama adalah pemimpin dunia tetapi beliau bukan wira kebangsaan yang layak kita bina tugu untuknya," kata Heru.
"Ini menjatuhkan maruah kita kerana masih ramai lagi tokoh Indonesia yang memberi khidmat kepada negara ini tapi tiada tugu dibina untuk mengingati mereka," tambahnya.

Ramai rakyat Indonesia bangga Obama pernah tinggal di Jakarta dari 1967 hingga 1971 dengan ibu berketurunan Amerika, ayahnya warga Indonesia dan adik tiri perempuan.

Beliau dikenali dengan nama 'Little Barry', memasuki sekolah rendah berdekatan lokasi tugunya sekarang dan mempunyai seekor monyet peliharaan.

Ron Mullers, penduduk Jakarta yang memberi idea membina tugu berkenaan dan berjaya memperoleh pembiayaannya, berkata ia bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak tempatan agar dapat mencontohi Obama.

"Tindakan mereka mengejutkan," kata Mullers, pengerusi pertubuhan bukan politik, 'Yayasan Sahabat Obama' yang menganggap kempen terhadap tugu itu bermotif politik.

Mullers menyamakan tindak balas itu dengan kontroversi sama ada Obama layak menerima Hadiah Keamanan Nobel. Obama menerima anugerah itu di Oslo pada hari sama tugu berkenaan dilancarkan oleh datuk bandar Jakarta, Sylviana Murni.

Murni pula menolak tindakan untuk mengeluarkan tugu itu yang didirikan dengan kelulusan semua pihak. - AP


Sumber:
Berita harian.

P/s..
Saya memang tidak setuju dengan anugerah yang diberikan kepada Obama.. Biarpun apa motifnya tetap anugerah yang diberikan tidak disebabkan oleh sumbangannya. Mereka-mereka cuma mungkin mengharap Obama lebih menyumbang selepas ini.. Share

Entri-Entri terkini