Sudah bertahun jadi artis tapi masih lagi belum terkenal malah mungkin tidak dikenali langsung. ini membuatkan mereka geram dan terpaksa menjadi artis dinding yang tekun. Dinding penahan runtuhan tanah yang dibina di jalan Ranau Telupid ini saya anggarkan sepanjang 1000m dan boleh dikatakan semuanya telah dipenuhi dengan tulisan-tulisan artis kurang ternama ini. Tempat ini tidak ada kampung yang berhampiran dan yang kagumnya saya terhadap artis-artis ini ialah mereka sanggup berhenti dan menulis sesuatu pada dinding batu ini. Artis itu datang dari serata negeri..
Share