CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, January 10, 2010

JUJURKAH PEMIMPIN POLITIK ANDA BERKHIDMAT?

Jujurkah pemimpin politik di tempat anda berkhidmat??
Adakah mereka betul2 mahu berkhidmat kepada rakyat?
Dari jenis apakah mereka ini..
Pernahkah kamu perhatikan gaya sebenar mereka..?
Adakah pemimpin anda jenis yang kalau bercakap umpama jalan kaki ke bulan pun boleh 
tapi
benarkah??



Ok...
Cuba saudara2 renungkan yang ini sebagai contohlah...
Dulu sewaktu pilihan raya da nak dekat kawasan tut.........
Waktu berkempen, pemimpin kerajaan BN yang berceramah @ berkempen berkata...

"Saudara-saudari sekalian. Kalau saya menang, jalan ke kampung sini akan saya pastikan di aspalt,
Semua kemudahan asas akan saya wujudkan,
dan yang saya hendak saya umumkan di sini ialah saya akan hantar lembu
ke kampung ini untuk kita adakan kenduri kesyukuran nanti".


Dan dijadikan cerita, beliau memang menang dalam pilihanraya tersebut...
Orang kampung pun tertunggu2
satu bulan, dua bulan dan seterusnya...
Akhirnya sampai beliau diganti masih belum ada apa2 walaupun bulu kambing..


Tapi beliau memang pandai bercakap
berapi-api
tapi apa yang ada.


Mungkin ada pemimpin yang tidak berapa handal bercakap tapi sangat bagus untuk berkerja..


Jadi berhati2 lah memilih pemimpin politik anda..
yang penting boleh memberikan khidmat yang terbaik...


Share

Entri-Entri terkini