CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, January 12, 2010

KISAH PEMIMPIN YANG KITA AGUNG-AGUNGKAN...

Asalamualaikum..

Sekarang ini hangat dengan bermacam-macam berita samada di akhbar mahupun tv dan sebagainya. Antaranya ialah isu penggunaan perkataan Allah dalam majalah keluaran sebuah gereja. Berita hangat lain yang digembar-gemburkan ialah "UMNO JUARA RAKYAT atau BARISAN NASIONAL JUARA RAKYAT".

Betulkah??
Dan kalau betul juara yang macamana?
Biasanya kalau saya tengok ada yang kuat bercakap 'juara rakyat' tapi ikut di belakang saja ataupun senang cerita mengampu pemimpin atasan saja.

Saya tidak cakap yang semua gagasan itu tidak betul. Gagasan itu sebenarnya amat baik kepada semua rakyat tapi ada perkara yang lebih penting lagi dari itu. Malahan amat penting kepada semua rakyat..

Ok.. Kita ada perancangan dan peruntukan tapi macamana dengan perlaksanaannya pula? Siapa yang mahu memastikan yang bila ada peruntukan, ianya akan sampai kepada pembangunan yang dirancang itu? Selalu betul saya dengar yang banyak peruntukan telah diberikan tapi tidak sampai separuh yang sampai kepada pembangunan tersebut. Si polan ambil xxx%, si polan ambil xxx%. Banyak orang ambil % jadi berapa lagi yang akan sampai kepada projek???

Sepatutnya kerajaan yang mengaku jadi juara rakyat harus menumpukan usaha dalam memastikan semua peruntukan ini sampai kepada yang sepatutnya.. Bukan bercakap saja tapi hanya mengharapkan orang bawah2 menjalankan kerja tersebut dengan jujur.. Buat lah mekanisme @ prosedur tertentu yang boleh memastikan kejayaan sesuatu projek.. Jangan sampai peruntukan pembaikan jalan ke sesebuah kampung adalah Rm100 ribu tapi  hanya 15 trip lori batu yang sampai..

Akhirnya rakyat merana akibat sikap sesetengah orang yang berani mengaku sebagai juara rakyat atau lebih tepat lagi sebenarnya juara berselindung dalam rancangan kerajaan tapi hanya memenuhkan poket, perut dan  bank sendiri... Share

Entri-Entri terkini