Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, March 21, 2010

1 MALAYSIA.... IMPIAN ATAU KENYATAAN ATAU MIMPI...

Saya terbayang perkara yang paling hangat sekarang...
Gagasan 1 Malaysia idea PM..
Saya sangat menyokong dasar ini dan juga berharap ianya akan tercapai suatu hari nanti.
Hakikatnya adakah ianya senang sahaja dicapai??
Saya percaya perkara ini sesuatu yang rumit.
Bukan senang untuk menjadikan rakyat yang berbagai fahaman dan bangsa menyokong satu dasar yang kalau di cakap sahaja memang senang...

Sebenarnya banyak lagi benda-benda yang perlu diseragamkan supaya ia melambangkan dasar satu Malaysia.
Jangankan yang berkaitan dengan perpaduan kaum itu sendiri, dalam dasar kerajaan pun masih banyak yang perlu dikaji dan diselesaikan dulu..
Contoh yang paling jelas ialah dasar dalam sistem perkhidmatan awam itu sendiri. Siapa yang mewujudkan dasar itu dulu bukan  lagi penting tapi yang penting ialah sekarang. Dalam Perkhidmatan guru misalnya terlalu banyak perbezaan antara guru yang berasal dari Sabah/Sarawak dengan yang berasal dari Semenanjung dari segi skil penggajian. Elaun perumahan saja sudah berbeza lebih Rm500. Saya percaya masih banyak lagi perbezaan-perbezaan yang lain.
Kenapa perkara ini wujud?
Macam terasa pula yang 'double standard' nya. Apa lagi sekarang guru dari Sabah/Sarawak juga sudah dihantar berkhidmat di Semenanjung. Apa bezanya dengan guru semenanjung yang datang ke Sabah dan Sarawak??
Mungkin isu seperti ini dikatakan sedang dalam perbincangan dari dulu lagi tapi berapa lama lagi mahu menunggu??
Perlukah tunggu sampai pilihanraya akan datang??
Kalau macam tu niat tidak baik la jika hanya ingin memancing undi..

Ingat lah yang sekarang rakyat sudah banyak yang terpelajar dan tahu membaca. jangan tunggu nasi menjadi bubur...
Share

Entri-Entri terkini