CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, March 8, 2010

Ahli PKR beramai-ramai keluar parti

Kuala Lumpur,
8 Februari 2010.

Dijangka lebih 10 orang ahli DUN dan Parlimen PKR akan keluar parti itu tidak lama lagi. Mereka dijangka akan menjadi ahli parti Bebas. Ini berikutan mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan suasana dalam parti PKR sekarang. Sejak akhir-akhir ini parti PKR memang mengalami banyak kemelut dalaman dan sedang menuju kearah kemusnahan.

Tindakan ahli DUN dan Parlimen ini mendapat reaksi bercampur-campur dari berbagai-bagai pihak terutama di kalangan ahli politik tanah air. Ada yang setuju dan tidak kurang juga yang mengecam tndakan mereka. Persoalannya ialah adakah mereka benar-benar jujur dalam tindakan mereka atau mereka mempunyai agenda yang tersendiri? Adakah tindakan mereka keluar parti ini hanya sebagai alasan kerana tidak mendapat habuan semasa dalam parti tersebut? Bila parti mereka mengalami kemelut seperti yang berlaku sekarang, mereka mengambil kesempatan ini untuk keluar parti. Jika keluar semasa parti PKR tiada kemelut dalaman, susah bagi mereka untuk memberikan alasan.

Walahualam..
Share

Entri-Entri terkini