CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, March 8, 2010

Air..air...air.. Mana sudah pemimpin berwajib???

Ranau..
8 Febuari 2010.

Masalah kemarau yang berterusan menyebabkan masalah untuk mendapatkan air semakin ketara. Kesan kemarau ini amat dirasai terutama bagi penduduk-penduduk kampung mengalami kesulitan untuk memperolehi air. Ini kerana kebanyakan kampung yang berada di luar bandar tidak ada kemudahan air yang dirawat atau bekalan dari air paip kerajaan.

Bekalan air mereka kebanyakannya adalah di ambil dari sumber mata ait dari kaki bukit. Bila kemarau berterusan mata air di kaki bukit ini boleh menjadi kering. Kesannya amat dirasai sehingga kadang-kadang terdapat pergaduhan kecil kerana berebutkan kawasan mata air yang masih ada.

Kerajaan patut menumpukan usaha dalam mengatasi masalah seperti ini dan bukan asyik berbalah mengenai masalah dalaman politik. Ingatlah pemimpin, kamu diundi dalam pilihanraya kerana rakyat mahukan bantuan kamu dalam hal-hal seperti ini. Jangan asyik ingat mahu mengumpul harta kekayaan sendiri selepas menang pilihanraya. Jangan hanya menganggap rakyat itu penting semasa pilihanraya saja.. Share

Entri-Entri terkini