CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, March 9, 2010

BPR...KALAULAH BPR DAPAT MELAKSANAKAN TUGASNYA DENGAN BERKESAN??

Asalamualaikum,

BPR atau badan pencegah rasuah ialah badan yang ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas kesalahan rasuah di Malaysia. Badan ini pada amnya akan menyiasat sesiapa saja yang terlibat dengan amalan rasuah di negara ini.

Kita sering dijanjikan yang badan ini akan menyiasat sesiapa sahaja yang terlibat dengan amalan rasuah di negara ini tanpa mengambil kira fahaman politik mereka, atau dalam bidang apa sekalipun mereka berada. Persoalannya ialah adakah badan ini dapat menjalankan siasatannya dengan 'BERKESAN'? Saya percaya mereka hanya dapat menyelesaikan masalah rasuah dengan peratusan yang kecil sahaja. Sedangkan kes-kes yang mereka tahu tidak dapat diselesaikan semuanya, apa lagi yang tiada aduan yang dibuat ke atas mereka.

Hakikatnya banyak perkara yang saya percaya ramai rakyat negara ini yang tahu berlakunya 'sesuatu telah berlaku disebaliknya' tapi biasanya rakyat akan diam sahaja kerana mereka sedar yang siapalah mereka. Nanti akibatnya jika aduan dibuat persoalan yang pertama ialah 'mana bukti'. Rakyat pula yang disuruh jadi penyiasat. Kesanya asalkan pesalah ada sedikit duit untuk bayar belakang, pesalah akan terlepas.

Rakyat pula tidak akan mengadu pasal kesalahan yang mereka nampak kerana mereka beranggapan lebih selamat jika 'tengok sajalah' dan 'asalkan tidak kena ke batang hidung sendiri' buat apa peduli. Susah kalau kita ada keraguan tapi di suruh kemuka bukti dan buat siasatan sendiri. Buat apa? Banyak lagi kerja yang lebih perlu untuk kehidupan sendiri. Share

Entri-Entri terkini