CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, March 11, 2010

WWF...PENYU BELIMBING MENGHAMPIRI KEPUPUSAN??

Kuala Lumpur..

WWF hari ini melahirkan kebimbangan terhadap trend masa kini yang mana terdapat banyak pihak terutama restoran dan orang perseorangan yang menjadikan telur penyu sebagai sajian utama mereka ketika musim penyu bertelur. Penggunaan tanpa kawalan dan berlebihan ini memberikan kesan yang amat ketara kepada populasi berbagai spesis penyu yang datang bertelur di beberapa pantai di negara ini.

Beberapa tahun dulu, kira-kira 20,000 ekor penyu yang datang bertelur ketika musim penyu bertelur. Tapi akhir-akhir ini jumlah itu telah merosot kepada separuh daripada jumlah itu iaitu 10,000. Ini adalah akibat dari kurangnya telur penyu yang menetas akibat pengambilan berlebihan telur penyu di pantai.

Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil beberapa tahun akan datang beberapa spesis penyu yang unik akan pupus selamanya. Oleh itu semua pihak termasuk orang ramai dan pihak berkuasa harus meneliti perkara ini sebelum terlambat dan tidak akan dapat berbuat apa-apa. Share

Entri-Entri terkini