CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Saturday, March 13, 2010

PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA??? MUNGKINKAH DALAM MASA TERDEKAT...

Kota Kinabalu..
11 Mac 2010

Mungkinkah pilihanraya umum akan diadakan dalam masa yang terdekat???
Apa yang berlaku sekarang ialah parti pakatan dalam keadaan kacau bilau. Masing-masing parti gabungan sedang mengalami masalah dalaman sendiri dan adakah kesempatan ini akan diambil oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menanguk di air keruh??

Pemimpin tertinggi Barisan Nasional juga sedang sibuk melawat sana-sini. Misalnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin datang melawat daerah Beluran dan membawa berbagai-bagai projek dan peruntukan terutamanya dalam mengatasi masalah air yang dihadapi di daerah ini. Datuk Zahid Hamidi juga datang ke Kinabatangan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti infrastruktur tentera di kawasan sana dan juga dengan berbagai-bagai peruntukan.

Adakah ini tanda-tandanya.. Mungkinkah Pilihanraya Umum kali ini serentak di seluruh negara memandangkan dahulu negeri Sarawak mengadakan pilihanraya lebih awal. Apapun rasionalnya pembangunan yang di bawa oleh pemimpin-pemimpin ini ke Sabah amnya amat dialu-alukan apatah lagi Sabah merupakan salah satu penyumbang Kerusi Parlimen terbesar kepada BN untuk membolehkan Barisan Nasional memerintah malaysia.. Share

Entri-Entri terkini