CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, March 11, 2010

BUMBUNG DEWAN KG SRI AMAN BATU 3 JALAN APAS TAWAU RUNTUH


Bangunan dewan pertemuan yang runtuh semasa ahlinya sedang bermesyuarat

Tawau 2 mac 2010..

Penduduk Kampung Sri Aman, Batu 3 jalan Apas dikejutkan dengan dewan tempat berkumpul ahli-ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) runtuh dalam sekelip mata. Difahamkan seramai lebih kurang 50 orang berada di dalam dewan ini semasa kejadian ini berlaku yang kebanyakannya adalah wanita. Beberapa orang wanita terjun ke bawah sebaik sahaja bunyi kayu patah kedengaran menyebabkan mereka mengalami kecederaan ringan dan ada juga yang cedera akibat terkena serpihan jatuhan dari atas bumbung.

Mujurlah bumbung dewan tersebut tersangkut pada jambatan yang terletak bersebelahan dengannya.
Suami-suami wanita yang menyedari kejadian tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk mencari isteri dan anak masing-masing dan membantu mangsa yang terperangkap.

Punca kejadian dikatakan berpunca dari keadaan dewan yang telah usang dan gagal menampung jumlah orang yang berada dalam dewan tersebut.
Share

Entri-Entri terkini