CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, April 8, 2010

Awas.. Sengatan lipan amat bahaya

Pada 22/1/2010 sewaktu hendak memindahkan beberapa karung simen kami dikejutkan dengan kehadiran seekor lipan yang mempunyai kelebaran 1/2 inci dan kepanjangan 7 inci. Agak besar juga la. Pekerja yang kami tugaskan untuk mengangkat simen begitu terperanjat dengan kehadiran lipan itu sampai karung simen yang dipegangnya terlepas. Apa yang kami khuatiri ialah jika ada sesiapa yang di sengat oleh lipan tersebut. Syukurlah tiada sesiapa yang terkena sengatannya. Moralnya di sini ialah kita harus berhati-hati semasa melakukan apa jua kerja kerana benda macam ini berlaku tanpa kita sangka..Saya pernah terdengar cerita tentang orang yang di rawat di hospital selama seminggu kerana di sengat lipan. Jika lambat di rawat maka kemungkinan akan membawa kepada kesan yang lebih buruk.

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

Entri-Entri terkini