CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, April 8, 2010

Kontraktor !!! Anda membahayakan nyawa orang lain..

Memang bagus bila kerajaan Barisan Nasional menyediakan begitu banyak kemudahan kepada rakyat terutama dari segi peruntukan untuk kemudahan asas. Umpamanya kampung-kampung di sekitar Jalan Sapi-Nangoh-Sugut, pendawaian bekalan elektrik sedang giat dijalankan.

Yang menjadi kekesalan ialah pihak kontraktor kurang mengambil berat tentang keselamatan pengguna jalan raya dengan meletakkan peralatan mereka terlalu dekat dengan jalan. Keadaan ini amat merbahaya terutamanya pada waktu malam yang mana lebih teruk jika hujan turun. Pandangan pemandu kenderaan pasti akan terbatas dengan keadaan ini. Bagaimana jika mereka gagal mengawal kenderaan mereka dan melanggar gulungan kabel ini.??

Pasti mereka akan mengalami kecederaan yang teruk.. 
Pihak kerajaan BN harus menjadikan faktor keselamatan ini sebagai satu syarat dalam pemberian kontrak kepada kontraktor. Jangan hanya melepaskan perkara ini begitu sahaja.. Rakyat yang memilih anda, jadi fikirkanlah untuk rakyat juga..
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share

Entri-Entri terkini