CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, April 21, 2010

BAGAIMANA UNTUK MEMIKAT WANITA IDAMAN ANDA...

Setiap orang lelaki pasti akan mahukan wanita dalam hidupnya. Jadi bagaimana untuk memikat wanita idaman anda? Pastinya wanita itu tidak akan datang kepada anda dengan begitu sahaja. Di sini saya akan berkongsi apa2 sahaja yang saya fikirkan boleh membantu anda untuk memikat wanita idaman anda..


Untuk memikat wanita anda mesti:


Setkan siapa yang hendak anda pikat. Di sini amat penting kerana fokus anda akan lebih jika anda mempunyai target. Tanya diri anda kenapa anda ingin memikat wanita tersebut samada untuk jadi girlfriend saja atau untuk dijadikan isteri. Tetapi ada baiknya jika kita ingin memikat wanita kita mesti mempunyai niat yang baik. Tidak rugi berbuat demikian.




Sekarang anda telah mempunyai wanita idaman. Jadi apa langkah anda yang seterusnya? Sebelum itu anda harus persiapkan diri untuk melangkah ke arah hubungan yang lebih bererti. Anda perlulah sekurang2nya mempunyai pendapatan yang tetap atau kerja kerana inilah pokok pangkal hubungan itu nanti. Sukar untuk menjalin sesuatu hubungan tanpa wang (Yang saya cerita ni ialah hubungan yang betul2). Kalau wanita yang tahu menilai masa depannya mesti wanita itu akan terfikir kalau aku buat hubungan dengan dia dan kahwin nanti "SUSAH' kerana macamana untuk makan dan minum keluarga.? Belum lagi keperluan lain. Takkan saya yang akan tanggung dia dan keluarga nanti??
Wanita yang matang pasti akan fikir begitu. Bukan macam budak2 sekolah yang tengok 'hensom' wahhhh suka gile setengah mati. Maca tidak pijak tanah dia...


Seterusnya anda mesti berusaha untuk menghampiri wanita tersebut. Tunjukkan yang anda sudah jatuh cinta dengannya. Tetapi jangan terlalu gelojoh dengan tindakan anda. Mesti perlahan2 agar dia tidak terkejut nanti. Lagi senang jika wanita itu sering berdekatan dengan anda. Sering bersama dan tunjukkan yang anda selalu ingin bersamanya. Tolong di mana-mana yabg boleh anda tolong. Kata orang perasaan itu boleh dipupuk @ terpupuk dengan keramahan, kemesraan dan apa lagi kalau sering bersama lama2 muka anda ja yang dia nampak.


Cuba ajak dia untuk keluar makan. Cari jalan untuk menunjukkan keikhlasan anda, ajaklah dia dengan kata-kata yang paling halus, simbolik dan indah.. Kadang-kadang boleh juga bergurau kepadanya dengan kata-kata 'bila mau belanja saya makan' dan sebagainya. Lama-kelamaan jika anda sering muncul di depannya anda akan selalu terbayang dalam fikirannya dan membuatkan nya akan jatuh cinta dengan anda.






Untuk melafazkan jatuh cinta anda, carilah masa yang paling sesuai dan paling mengharukannya. Misalannya waktu si dia celebrate birthday ke, tapi pilih masa di mana dia sedang gembira kerana pasti fikirannya tidak bercelaru pada masa itu. 


Sebelum anda ada sebarang hubungan rasmi dengan wanita idaman anda, jangan terlalu tunjukkan sifat cemburu anda. Cemburu memang ada juga kebaikannya tetapi dalam kes ini sifat ini tidak sesuai ditunjukkan. Wanita itu pasti akan fikir "Aik..belum apa2 dah kontrol kita". Ini akan pasti merugikan kita dan membantu menggagalkan usaha kita untuk memikat wanita tersebut.


Satu lagi yang boleh di buat ialah cuba cari jalan untuk selalu memberikan hadiah kepada wanita idaman anda. Periksa apa hadiah kegemaran si dia dan usahakan untuk memberikan hadiah tersebut kepadanya. Buat dalam cara yang paling simple dan paling murah. Si dia pasti akan tersenyum sendiri..

Jika wanita idaman anda mempunyai masalah, cuba tunjukkan yang anda taking care dengan si dia. tunjukkan yang anda cuba membantu dia menghadapi masa sukarnya dengan seikhlas-ikhlasnya tanpa sebarang balasan (Walaupun anda sebenarnya mengharapkan balasannya :-))

Apapun tindakan anda, jangan sekali-kali buat sesuatu yang kepura-puraan misalnya pura-pura banyak duit dsb. Hubungan yang dijalin macam ni tidak akan berpenjangan atau berkekalan kecuali anda dapat berubah selepas hubungan.  

Ok.. Good luck dalam cubaan memikat wanita idaman anda






Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

2 comments:

Yern Ain said...

entry baik punyaaaa!
tapi sgt minimum jumlah lelaki yg mcm tu. -_-"

iddinm said...

Yaka Yern AIN.. Tapi sekurang-kurangnya masih ada, jadi wanita-wanita masih ada peluang.. Atau yang hampir2 macam tu kalau kena timing akan jadi macam tu. :-)

Entri-Entri terkini