Teringat aku kembali keseronokannya bila teringatmasa kami adakan BBQ dulu. Bukan apa waktu inilah peluang yang amat bagus untuk berborak-borak dengan teman-teman lama. Biarpun BBQ yang diadakan tidak seberapa dengan makanan yang ada amat ringkas iaitu sayap dan hotdog panggang, meehoon goreng dan sedikit buah tapi itu amatlah bermakna ketika itu. BBQ ini8 diadakan bukan untuk merayakan sebarang kejayaan atau perpisahan tetapi hanya untuk suka-suka dan yang paling best ialah semua kerjasama berkerja. Kalaupun tidak sekurang-kurangnya kerjasam untuk makanlah.. :-) Kenangan seperti inilah yang akan di bawa sampai bila-bila walaupun di mana kita berada dan apapun kedudukan kita sekarang.. Heheh..tersenyum sendiri
teringatkan waktu itu.
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.