Segalanya ada jelita dan kerjaya namun Syafinaz, 37 tahun masih tidak mempunyai keluarga @ teman istimewa. Bukan seperti sesetengah artis yang tidak selesa apabila ditanyakan soalan tentang teman istimewa, Syafinaz mengakui yang sehingga kini dia memang tiada teman istimewa. "Buat apa nak sorok-sorok" kata Syafinaz bila dia ditanyakan soalan tentang teman istimewa.
Katanya dia tidak kisah dan tidak menjadi masalah kepadanya tanpa kehadiran lelaki dalam hidupnya. "Saya tidak pernah sunyi kerana sibuk dengan kerjaya harian saya. Lagipun saya ada ramai kawan dan ahli keluarga lain yang sentiasa mengisi hari-hari saya".
"Saya tidak dambakan cinta lelaki lagipun saya sentiasa sibuk dengan tugas harian. Sedangkan masa tidurpun tidak cukup, apatah lagi untuk bercinta" ulasnya lagi.
Syafinaz
Diharapkan Syafinaz akan menemui teman istimewa suatu hari nanti.
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share