CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, April 15, 2010

Budak 9 tahun mati dalam kereta...Kenapa??

Kisah ini saya coretkan untuk renungan kita bersama. Dalam menghadapi kehidupan seharian dan juga berblog saya rasa kita patut kongsi cerita ini bagi yang belum membacanya. Cerita ini disiarkan di Daily Ekspress, Sabah penghujung bulan Mac dan terdetik pula hati saya untuk berkongsi sama ceritanya. Kisah ini bermula dengan kehilangan seorang budak berusia 9 tahun di sebuah kampung di Penampang Sabah. Setelah pencarian dilakukan selama 2 hari budak itu masih belum dijumpai. Bila ditanyakan kepada kawan-kawan budak itu, mereka mengatakan yang mereka main 'sembunyi-sembunyi' pada hari budak itu dilaporkan hilang. Pencarian penduduk tempatan gagal..

Bagaimana mayat budak itu ditemui??

Seorang pekerja workshop berhampiran dengan tempat budak itu dan rakan-rakannya main sembunyi-sembunyi tercium bau busuk dari sebuah kereta lama yang hendak dibaiki di workshop terbabit. Bila pintu kereta di buka maka mayat budak itu ditemui. setelah disiasat budak itu dipercayai terperangkap didalam kereta lama terbabit kerana pintu kereta itu dipasangkan kunci keselamatan dan hanya boleh dibuka dari luar. Kesimpulannya kepada semua yang ada kereta haruslah berhati-hati dengan penggunaan kunci kereta seperti ini. Ada kisah di mana seorang ibu kehilangan 3 orang anaknya serentak yang mati kelemasan dalam kereta ketika dia pergi ke bank. Keretanya mati enjin dan aircond jugalah. Anak-anaknya terperangkap didalam mati kelemasan. 

Nauzubillah... 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

4 comments:

JLean said...

Checking out ere =). MInd giving me a nang as favor @ http://innit.nuffnang.com/view.php?id=205541

iddinm said...

Tq lean

Ken Wooi said...

poor innocent soul =/

iddinm said...

Friend want it so just give la.. :-)

Entri-Entri terkini