CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, April 15, 2010

Going To Sandakan Town part 1

Hari ini saya pergi ke bandar sandakan kerana ada urusan kerja di HQ kami di Sandakan. Sudah agak lama juga saya tidak ke Sandakan ini kerana selalunya semua urusan kerja hanya dilakukan di pejabat di kawasan masing-masing kecuali ada keperluan yang memerlukan ke HQ tersebut.

Apa yang saya perhatikan di sepanjang perjalanan ke Sandakan ialah bnayak pembinaan dan pembaikan jalan sedang giat dijalankan. Itulah sebenarnya yang membuatkan saya agak liat untuk ke sana kerana jalan tidak berapa elok.

Sebelum ke HQ saya dan kawan pergi ke survey dulu untuk membeli sampel kertas wangi dan berwarna A4 tebal untuk di printkan kad jemputan nanti (tujuan sebenar ke sandakan).


Urusan berjalan agak lancar kerana bos pun ada di sana. Oleh tu kami tidak payah menunggu lama untuk mendapatkan approval 'invitation card' tersebut.
Setelah siap semua urusan di HQ kami meneruskan perjalanan ke Bandar Indah untuk pergi ke BMS (kedai alat tulis) tapi da tutup kerana dah jam 5.


Akhirnya kami meneruskan perjalanan pulang ke Terusan Estate, Ladang kelapa Sawit kesayangan bos kami. :-) to be continue...........

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

Entri-Entri terkini