Lawatan ke Felda Sahabat 16 Lahad Datu memang menarik..Dulu saya ada ceritakan tentang aktiviti mandi-manda di pantainya yang indah. Berbagai-bagai acara boleh dilakukan di sana. Kalau ada aktiviti hari keluarga pun tempat ini memang sesuai untuk tempat mengadakan majlis tersebut.
Ok.. kali ini saya ceritakan yang berhampiran dengan tempat di situ juga ada satu tempat memelihara binatang. Tempatnya tidaklah terlalu besar tetapi pelbagai jenis haiwan ada di situ..
Seperti gambar di bawah, rusanya siap boleh pegang2 lagi tau. Zoo negara di Kuala Lumpur...?? hemmmm, anda boleh tengok ja la. Mungkin disebabkan sudah agak biasa dengan kehadiran pelancong dari kawasan sekitar maka rusa itu tidak takut dengan para pelancong..
Tengok... Rusa siap boleh posing lagi dengan kami.. Dengan bangganya dia menghadap kamera..:-)
Pokoknya aku memang agak kagum dengan tempat pemeliharaan haiwan di sini...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share