Salam,
....Sambungan kisah 2 jam aku..
Setelah melalui kawasan kilang sapi aku meneruskan perjalanan dan melalui kawasan simpang Sapi 2 Estate. Selalunya ada lah 2 @ 3 kenderaan yang mengangkut buah yang melalui kawasan simpang ini.
Nun jauh di hujung sana mendung sudah mula kelihatan.Aku dapat rasakan yang tidak lama lagi hujan akan turun. Harap-harap tidaklah lebat sangat kerana ianya akan menyusahkan pemanduan aku yang masih jauh perjalanan. Di sebelah kanan jalan hutan simpan Sapi dapat kelihatan..
Lebih kurang 14 minit perjalanan aku telah sampai ke simpang sandakan-KK. Ke kiri ialah ke Sandakan dan ke kanan ialah ke Kota Kinabalu
Selesai sahaja melalui simpang Sandakan - KK itu, aku menghala jalan ke KK kerana kalau hendak ke Ranau, mestilah melalui jalan ini. Di tepi jalan ke KK ini di hutan simpan Sapi ini ada rest shelter yang mana shelter ini sentiasa ada pengunjungnya pada waktu siang.
Aku meneruskan perjalanan dan aku dapat lihat yang Ranau ialah 132km jauhnya dari sini. Lebih kurang 1 jam 45 minit lagi perjalanan. Telupid cuma 33 km saja lagi dan bolehlah sampai dalam masa 45 minit.
...Bersambung..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
2 comments:
wah iddin...bilalah remedy nak sampai negeri di bawah bayu ni...memang teringin sangat nak ke sana..pasti menarik kan?
Remedy.. Datang ja. nda rugi tu datang sini. Memang banyak tempat yang menarik di sini. :-)
Post a Comment