CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, April 16, 2010

Ikan kesayanganku mati... Terkeluar dari aquariumnya... :-(


Sebenarnya ikan yang saya maksudkan hanyalah seekor ikan haruan. Saya ada pelihara seekor dan ingin memeliharanya untuk melihat sejauh mana ia dapat membesar. Tapi selepas 3 hari saya ambil dan meletakkannya dalam bekas besen plastik, bekas itu telah pecah terkena libasan ekor ikan tersebut. Mungkin ikan ini hanya sesuai di pelihara dalam bekas besi seperti bekas drum besi.. hehe

Yang saya kagum adalah ketahanan ikan ini kepada keadaan yang luarbiasa bagi ikan ini. Biarpun ikan haruan ini dilepaskan  pada tempat yang tiada air, ikan ini masih boleh bertahan sampai besoknya. Jika ikan yang lain mungkin hanya beberapa jam maka ikan tersebut telah mati.

Menurut cerita yang agak popular daripada orang ramai, ikan ini amat sesuai untuk dijadikan makanan orang yang baru lepas bersalin anak. Bila mengambil ikan haruan ini sebagai ubat, ia dikatakan amat berkesan dalam memulihkan tenaga kepada seseorang yang baru lepas bersalin.

Bila saya bangun pagi saya dapati ikan ini telah nyawa-nyawa ikan kerana terkeluar dari bekas berairnya. Saya malas hendak melanjutkan niat asal  dan terus menjadikan ikan tersebut yang seberat 1200gram itu menjadi hidangan tengahari..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.


Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

Entri-Entri terkini