CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, April 16, 2010

Going To Sandakan Town Part 2


Di bandar indah yang bagusnya adalah pada kebanyakan masa parking adalah agak mudah untuk dicari. Lagipun banyak kemudahan terdapat di situ. Yang peling ketara di sini ialah keadaan bangunannya yang masih baru cuma kadang-kadang agak sesak bila tiba waktu di luar waktu pejabat. Kebanyakan orang akan mencari makan di situ sebagai alternatif kepada tempat2 lain di sandakan yang sedia ada tapi sesak.

Dalam perjalanan pulang ada 2 kemalangan yang telah berlaku. Dalam satu kes tu melibatkan 3 kenderaan. Van di depan telah dilanggah oleh Vigo di belakangnya menyebabkan kerosakan pada pintu belakang van tersebut. Vigo tersebut pula di rempuh oleh sebuah kereta kancil di belakang. Bahagian depan kancil tersebut telah mengalami rosak teruk dan cermin depan juga pecah.


Kereta toyota vigo dalam gambar telah melanggar toyota van di depan dan kereta kancil di belakang telah melanggar bahagian belakang vigo tersebut. Kerosakan dapat dilihat pada bonet depan kancil tersebut. 
Note: Gambar kurang elok disebabkan ianya di ambil dari dalam kereta sahaja. :-)


Yang baiknya ialah hanya kecederaan ringan yang berlaku ke atas semua pemandu dan penumpang. Pihak polis telah datang dengan segera ke tempat kejadian untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Tahniah pihak polis.


Oleh itu hati2 di jalan raya...

 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

Entri-Entri terkini