Saya percaya yang ramai antara kawan-kawan yang pernah melihat dubuk atau singa secara live ataupun sekurang-kurangnya mekihatnya di dalam siaran tv di National Geographic. Cerita mengenai kedua-dua haiwan ini sering dipaparkan di channel berkenaan. Tetapi baru-baru ini sewaktu saya pergi bermain golf di padang golf Sapi and Country Club bersama kawan-kawan saya tertarik dengan keadaan fizikal seekor binatang yang bentuknya hampir sama dengan kedua-dua binatang di atas. Apa lagi pada waktu itu sudah lewat petang dan pemandangan agak samar-samar...
Binatang yang saya maksudkan itu sebenarnya adalah seekor anjing yang agak tua tetapi masih agak kuat.
Binatang yang saya maksudkan itu sebenarnya adalah seekor anjing yang agak tua tetapi masih agak kuat.
Anjing peliharaaan ini dikatakan telah mengalami sejenis penyakit kulit dan akhirnya telah mengalami keguguran bulu pada seluruh badanya kecuali bulu di bahagian lehernya. menyebabkan bulu yang tinggal itu kelihatan seperti surai pada singa jantan. Dahulunya anjing ini berbulu cantik dan agak panjang.
Ada juga yang mencadangkan kepada tuan punya anjing ini agar menghantar anjing beliau ini untuk mendapatkan suntikan tetapi katanya kemudianlah. Serangan penyakit ke atas anjing ini agak parah juga kerana anjing ini seolah-olah pincang semasa berjalan.
Biarpun dengan keadaan anjing ini yang sakit, saya tertarik dengan keadaannya yang kelihatan seolah-olah seperti dubuk dan juga singa..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
4 comments:
apa la tuan anjing tu.sian kat anjing dia.x psl2 ada org nak buat eksperimen sbb ingt cmprn dua haiwan tu.hehehe...
kahsian anjing tu, kalu die sakit kenapala tuannya tdk cepat merawatnya...tp pelik pulak...byk2 bulu yang hilang tang tengkuk tu pulak die tak hilang ye...
ciss....ingatkan betul2 ade singa kat sabah...
huhuh
Saya pun tidak tau kenapa bulu2 yang di rengkuknya tidak gugur pula.. :-)
Post a Comment