Seorang remaja perempuan berumur 13 tahun adalah antara yang ditahan dari 41 orang dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di ibu kota baru-baru ini. Pusat hiburan itu dikenalpasti membekalkan dadah kepada pengunjungnya di Batu 4, Jalan Ipoh baru-baru ini.
Pusat hiburan tiga tingkat yang memuatkan disko dan karaoke ini telah beberapa kali diserbu oleh polis Kuala Lumpur dan Sentul beberapa kali tetapi masih menjalankan kegiatannya sehingga kini tanpa mengendahkan arahan berhenti operasi kepada pusat ini.
Dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Narkotik Bukt Aman, polis menahan kira-kira 100 orang untuk diperiksa, 41 adalah positif dadah termasuk 6 pekerja pusat hiburan berkenaan. 32 orang yang positif adalah lelaki dan 9 adalah perempuan termasuk seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.
Sumber dari jabatan narkotik mengatakan bahawa jenis dadah yang di ambil adalah ketamin, syabu dan estacy. Mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) mereka boleh didenda dari Rm2000 hingga Rm5000 dan penjara jika sabit kesalahan.
Polis juga menemui pil-pil yang bertaburan di atas lantai di pusat hiburan itu yang dipercayai dicampakkan oleh pengunjung pusat hiburan tersebut apabila mendapati pihak polis melakukan serbuan.
Renungan:
Bagaimana remaja perempuan yang berumur 13 tahun boleh berada di dalam pusat hiburan tersebut pada jam 2.30 pagi? Budak ini tidak pulang rumah ke? Kenapa ibu bapa tidak ambil peduli terhadap ketiadaan anak mereka di rumah? Bagaimana pula pusat hiburan membenarkan budak ini berada di situ? Adakah untuk menarik pelanggan supaya rajin berkunjung ke pusat hiburan itu?? Bagaimanapun ucapan tahniah kepada pihak polis yang tidak jemu-jemu mengadakan operasi untuk membentaras kegiatan yang tidak baik ini..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share