Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, April 14, 2010

Kejam tapi terpaksa biarkan saja..


Kejam tapi tiada apa yang boleh dibuat. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Inilah yang ditanggung oleh ibu labah2 yang besar ni bila berhadapan dengan seekor penyengat.
Penyengat itu bukan suka2 hendak menyerang ibu labah2 itu. Tujuan utamanya ialah untuk meneruskan kesinambungan generasinya. Ibu penyengat itu akan bertelur di dalam badan ibu labah2 itu dan anaknya yang akan menetas nanti akan menggunakan badan labah2 tersebut sebagai tempat tinggal dan makanan.
Kisah serangan ini amat unik.. Ibu penyengat akan mencari labah2 yang sesuai.. Yang kecil2 dia tidak mau. Ibu penyengat akan mencari di mana2 saja termasuk di dalam lubang2 dan di celah2 batu atau daun kering. Bila sudah menjumpai ibu labah2, ibu penyengat tersebut akan mula menyerang ibu labah2 tersebut dan yang paling penting bagi ibu penyengat tersebut ialah melekatkan feramonnya pada badan ibu labah2 tersebut. Ini amat penting untuk tindakan seterusnya.
Biarpun ibu labah2 tersebut akan melarikan diri dan bersembunyi di mana2, ibu penyengat tersebut tetap akan dapat menjumpainya berdasarkan bau feramonnya. Jadi peluang untuk melepaskan diri amat kecil bagi ibu labah2. 
Bila ibu penyengat menjumpai ibu labah2 tersebut, ia akan menyengat dan melumpuhkan ibu labah2 tersebut. Ibu labah2 terkapai2 cuba melawan tapi ia bukanlah tandingan kepada ibu penyengat biarpun saiznya jauh lebih besar.
Seterusnya ibu penyengat tersebut akan mengheret badan ibu labah2 yang koma tersebut ke dalam sarangnya dan menyuntikkan telurnya ke dalam  untuk tujuan meneruskan generasinya.

Begitulah kisahnya....
Hendak di tolong yang satu, yang satu lagi akan merana tapi itulah kitaran alam yang sentiasa akan berterusan...

 Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

Entri-Entri terkini