CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, April 27, 2010

Template blog yang cantik tidak menjamin kedatangan visitor.... ya ke!!..

Kali ini saya cuba berbicara tentang cara-cara yang boleh menambahkan visitor ke blog anda. Sebenarnya kalau dikira dari segi pengalaman saya rasa banyak lagi blogger lain yang lebih layak dalam membicarakan hal ini memandangkan mereka lebih arif tentang hal ini tetapi sebagai blogger yang baru beberapa bulan berblog dari langsung tiada pengalaman, ini lah cara yang saya dapat dan katakan tentang cara- menarik visitor ke blog anda...sekurang-kurangnya blog anda tidak kosong dengan pengunjung...hehe

Pertama yang anda lakukan apabila anda sudah ada blog dan ada postnya 'Blogwalking' adalah cara yang terbaik. Anda harus melawat blog orang lain dan pergi ke shoutmix mereka dan tulis sesuatu yang menyatakan kehadiran anda dalam dunia blogging dengan menulis alamat blog anda dan cuba katakan sesuatu tentang blog anda.. Biasanya orang akan pergi melawat anda melalui kaedah ini. Kalau mengharapkan 'keyword' pada masa ini jangan harap kerana blog yang baru amat susah dikesan di dalam carian internet. Lebih kerap anda mengunjungi shoutmix mereka maka kehadiran anda akan dirasai. Tapi janganlah pula anda buat begini 10x dalam satu shoutmix dalam sehari...Marah orang bro...

Dalam masa yang sama cuba pastikan entri post anda tidak terlalu pendek (mcm nota budak sekolah pula), ada nilai yang boleh dikongsi sama, ditulis dalam bentuk yang mudah difahami dan selitkan manfaatnya jika ada. "TAJUK" entri post anda amat penting. Sesuatu post itu pertamanya akan dinilai oleh pembaca melalui tajuknya.. kalau tajuknya tidak menarik maka orang akan hilang minat untuk mengetahui isi kandungannya dengan lanjut. Pendek kata tajuk mesti gempak, gegar dan hangat dll.. pandai-pandailah menulis tajuk tapi jangan lah pula melebih-lebih dalam menulis tajuk dan lupa pada isinya. Saya katakan tajuk penting kerana post saya "The biggest ever phyton in the world discovered" saya rasa mendapat perhatian dengan banyak visitor masuk melalui post ini dulu. Apa lagi kawan blogger iaitu "Bujang Susah" bantu saya dalam promosi post ini dengan sharing nya di dalam blog beliau.
Anda perlu menyertai komuniti blogger yang selalunya berhimpun di tempat-tempat seperti Nuffnang dan Komuniti Gengblogger. Di sini anda boleh postkan apa-apa entri blog anda dan akan dilihat oleh kebanyakan blogger. Kalau entri post anda menarik ianya pasti akan menarik visitor ke blog anda.

Jika entri post anda bersifat peribadi olahkan ceritanya agar dalam bentuk yang menarik dan cuba kaitkannya dengan persekitaran untuk menambahkan lagi tarikan dalam cerita anda tersebut. Maksudnya di sini cerita mesti 'detail' dan mudah difahami. Jangan ceritanya anda sahaja yang akan faham dan menyuruh pembaca membuat kesimpulan sendiri. Keadaan sebegini membosankan dan akan menghalang minat visitor untuk kembali ke blog anda.
Anda juga boleh buat link dalam facebook dan sharing dengan kawan-kawan anda dan orang lain di komuniti tersebut. Anda boleh juga menulis di wall kawan-kawan di facebook dan jangan lupa sertakan link alamat blog anda di wall mereka..
Anda juga boleh melawat blog bloger-bloger lain yang telah lama berada dalam dunia blog dan share dorang punya pengalaman bagaimana menarik traffik ke blog kita. Jangan lupa melawat blog yang ramai pengunjungnya dan perhatikan apa yang menyebabkan blog mereka disukai oleh visitor-visitornya.. Jangan lupa baca entri mereka yang berkaitan dengan traffik..

Saya rasa template juga penting untuk blog tapi ianya bukanlah jantung kepada blog tersebut. Banyak lagi perkara seperti di atas yang perlu diambil perhatian lebih..

Bagi blogger-blogger baru macam saya mudah-mudahan coretan saya ini dapat membantu meningkatkan pengunjung ke blog anda..

Selamat berjaya.

Tq for reading..
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

4 comments:

Unknown said...

chantek tu xla penting kot
tp yg penting kemas!
=)

Lucy S. said...

thanks for the tips:)

iddinm said...

Betul tu Ery Farieha. Selain kemas, perlu juga hias2 sikit untuk kelihatan lebih ok. Ini untuk menambahkan tarikan..

Izza Sakura said...

Bgus tip ni.tga brusaha la ni hehe

Entri-Entri terkini