CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Monday, June 28, 2010

BACKLINK DARI SIFU-SIFU BLOGGER BAWA BANYAK UV KE BLOG ANDA...

Semalam aku open aku punya nuffnang akaun dan selalunya aku hanya check berapa UV yang tak seberapa tu...Aku pun buka-buka bahagian refferal blog aku mana tau aku dapat apa-apa maklumat dari situ...Memang dulu aku pernah juga buka tapi tak ambil kisah sangat tentang maklumat yang ada..

Ya..memang ada sesuatu yang menarik perhatian aku kat situ..Aku dapat tahu dari mana kebanyakan visitor aku datang...of course majoriti visitor blog aku rasanya dari geng blogger dan juga google.. Kalau dari google tu kebanyakan yang mencari  maklumat mengenai pokook atau tokek iaitu satu binatang yang mahal di Sabah.

 
Refferal lain blog aku yang top datang dari Ben Asahari (tq sifu Ben), Dahlia Journal, dan Glenarmrd.. Maknanya semua itu adalah backlink dari blog mereka... TQ kerana sudi letak blog aku dalam list korang..

Aku rasa backlink yang memainkan peranaan yang penting dalam menarik traffik ke blog kita terutama kerana kebanyakan blog yang saya tengok adalah berkisar kepada cerita peribadi atau semasa.. 

Kalau blogger-blogger yang top sudi backlink kita saya percaya ia akan menambahkan UV kita berkali-kali.. Jadi yang penting bila sudah di link ialah ada entri supaya blog kita akan sentiasa dalam paparan utama blog mereka..So % visitor akan datang ke blog kita lebih tinggi apabila mereka terlihat entri kita.. 

So cuba dapatkan backlink dari kawan-kawan blogger kita untuk dapatkan traffik lebih..Sama-sama dapat up traffik..kita dan kawan kita...

selamat mencuba..

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Monday, May 10, 2010

BLOGGER-BLOGGER BARU VS BLOGGER-BLOGGER OTAI.. SIAPA MENANG

Aku rasa catatan aku kali ini agak pelik kerana menulis sesuatu yang mungkin otai2 blogger lebih mengetahuinya. Persoalan yang saya bawakan ialah di mana tahap anda sebagai blogger baru jika dibandingkan dengan bloger2 lama atau otai dalam blogging ini... Macam mencabar blogger2 otai pula tapi aku hanya menulis apa yang terlintas di dalam fikiranku atau lebih ringkas ialah ini adalah pendapatku...

Aku memang tidak menafikan malah mengakui bahawa blogger2 otai atau lama lebih berpengalaman dalam dunia blogging ini maklumlah mereka duluan makan garam. Malahan kebanyakan tip2 atau rahsia dalam dunia blogging ini mereka sudah mengetahuinya yang rata2 blogger baru tidak tahu. Tapi (ini untuk blogger baru) biarpun anda sebagai blogger baru, dalam sesetengah rahsia blogging ini anda lebih tahu dari otai2 tersebut. Ialah....kemajuan internet sentiasa pesat berkembang dan mengalami banyak perubahan dari hari ke hari.. Jadi dalam kes ini siapa yang lebih rajin mengkaji dan belajar maka pengalamannya pasti lebih... Jadi tidak mustahil kadang2 anda blogger baru lebih mahir berbanding otai2 blogger.. Betul tak???

Sebenarnya anda blogger2 baru tidak kurang hebat juga berbanding blogger2 otai cuma mereka duluan bertapak dalam dunia blogging. jadi mereka telah lama dikenali, sedangkan anda baru saja akan dikenali iaitu dalam proses..... Apa yang paling penting bagi blogger2 baru di sini ialah mempelajari teknik2 penulisan dalam blog yang mana blog semuanya berkait rapat dengan pelawat @ visitor... Kalian mau tahukah apa keyword paling bagus dalam blog aku?? Aku cuba2 juga cari keyword yang bagus tapi keyword yang selalu membawa visitor terutama visitor dari Indonesia ialah "SENGATAN LIPAN". Juga keyword "PENGHAWA DINGIN". Aku pun tidak tahu macamana keyword macam tu ngam dengan penulisan aku.. Nampaknya aku kena menulis lagi tentang lipan dan penghawa dingin ini...:-) 

Jadi pada pendapat aku, entri adalah 80% untuk kemajuan blog dan 20% lagi ialah yang lain2 seperti blogwalking, forum dan sebagainya.. Anda blogger2 baru hanya perlu bersabar dan cuba untuk memperbaiki teknik berblogging anda.. Saya percaya otai2 dulu pun mengalami seperti apa yang anda rasa dan alami sekarang. Tiada blogger yang terus menjadi terkenal kecualilah dia memang orang terkenal seperti pemimpin dan artis..

Percayalah satu hari nanti giliran anda akan tiba. Waktu itu anda boleh bangga dengan pencapaian anda... 


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.


Bookmark and Share
Share

Wednesday, April 28, 2010

HATI TERASA PUAS BILA MENULIS DALAM BLOG... BAGAIMANA ANDA???

 Entri kali ini cuba untuk membicarakan bagaimana dan di mana terletaknya kepuasan anda dalam dunia penulisan blog ini. Jika kita melihat dan meneliti blog-blog yang ada sekarang, kita akan dapati yang mereka akan cuba membicarakan sesuatu dalam pelbagai konteks yang mana di situ akan terletaknya bagaimana niat sebenar atau bagaimana mereka cuba menulis sesuatu itu untuk mencapai satu tahap kepuasan mereka dalam pelbagai konteks.

Secara amnya kebanyakan penulis blog akan cuba menulis atau mencoretkan sesuatu entri agar mereka akan mendapat banyak visitor dan ini akan membantu mereka memperolehi pendapatan melalui pengiklanan atau penjualan barang bagi yang menulis blog untuk promosi barang jualan mereka. Jadi dalam konteks ini kepuasan pada mereka adalah apabila mereka akan mendapat wang hasil dari penulisan mereka.

Tidak kurang juga blogger yang cuba meluahkan ketidakpuasan mereka melalui penulisan mereka. Misalnya mereka yang tidak menyukai kerajaan sekarang akan meluahkan perasaan mereka melalui blog dan mereka amat berpuas hati jika mereka dapat meluahkan perasaan tidak puas hati mereka itu. saya ingat blogger-blogger sekalian pernah jumpa blog-blog yang sedemikian di mana majoriti entri mereka adalah berkisar tentang perasaan tidak puas hati mereka itu.

Ada juga blogger yang menulis majoriti tentang masalah seharian yang dihadapinya atau yang dialaminya. Bentuk penulisan adalah dalam bentuk yang paling sedih atau marah atau suka-duka yang dialaminya atau apa yang akan dilakukannya pada hari itu atau hari semalam. Blogger ini akan berpuas hati jika kisahnya dapat dikongsikan dengan kawan-kawan ataupun sesiapa sahaja.

Tidak kurang juga yang akan menulis tentang sesuatu khidmat yang boleh ditawarkan olehnya kepada umum terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan.

Tapi bagi saya sendiri, perasaan puas saya dalam menulis sesuatu dalam blog ialah apabila saya melihat tulisan saya disukai dan di baca oleh seseorang dan kehadiran visitor itu yang lebih memuaskan hati saya...

Bagaimana pula dengan anda? Anda boleh meninjau-ninjau di mana letaknya anda samada yang telah saya tuliskan di atas ataupun dari kumpulan yang lain yang tidak saya sebutkan. Apapun kumpulan anda berada, yang paling penting ialah anda suka berblog dan anda juga rela melakukannya...

GOOOOOO BLOOOOOGGERRRRRRRRRR....


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
 
Bookmark and Share
Share

Tuesday, April 27, 2010

KETAHUI SIAPA VISITOR BLOG ANDA....KENAPA??

Pernahkah anda terfikirkan untuk memeriksa siapa pengunjung blog anda? Dan kenapa pula anda harus tahu mengenainya. Dari mana? Dan bagaimana mereka masuk melawat ke blog anda?

Setiap hari saya pasti bloger-bloger yang aktif berblog akan melihat kepada berapa ramai pengunjung atau lebih tepat pengunjung unik blog mereka. Apa tidaknya kehadiran ramai pengunjung unik akan memberikan mereka banyak kelebihan terutama dari segi pendapatan blog mereka. Ini kerana hanya blog yang mempunyai traffik unik atau pengunjung unik yang tinggi yang selalunya akan menghasilkan wang untuk blog.. Macam blog aku yang sikit saja pengunjungnya, belum lagi merasa bagaimana dapat duit tersebut..hehe

Cuba anda perhatikan pengunjung blog anda. Adakah yang datang melawat blog anda itu adalah cuma kawan-kawan satu kolej anda, atau kawan-kawan blogger atau pengunjung yang anda sendiripun tidak kenal atau yang lain-lain..

Jika yang rajin datang melawat blog anda hanyalah kawan-kawan anda yang datang dari satu kolej atau satu tempat kerja, atau satu kampung/daerah dengan anda maka mereka mungkin datang atas sebab mereka kenal anda dan tidak lebih dari itu. Adakah pelawat yang datang ke blog anda itu adalah stranger ataupun blogger-blogger yang anda tidak kenal maka mereka mungkin datang kerana mereka mahukan sesuatu dari blog anda seperti info atau maklumat dan juga untuk mendapatkan balasan kunjungan. jadi pengunjung ke blog mereka juga akan bertambah.

Ketahui dari mana mereka datang dan dari mana mereka masuk ke blog anda. Anda boleh memeriksa 'keyword' yang mereka gunakan dalam SEO yang membawa mereka ke blog anda dengan menggunakan info 'keyword' dari akaun nuffnang anda. Dari situ anda dapat buat sesuatu untuk memantapkan lagi post anda dengan 'keyword' yang lebih sesuai.

Selalunya 'keyword' yang mereka akan gunakan itu adalah sesuatu yang menggambarkan apa yang mereka mahu cari. 

Jika yang datang mengunjungi blog anda adalah kawan-kawan kenalan anda maka saya rasa 'keyword' itu kurang penting kerana mereka telah tahu alamat blog anda dan biarpun anda menulis apa saja mereka akan datang juga. Contohnya anda tulis "aku belum makan lagi" pun anda akan dapat berpuluh-puluh komen dari mereka.. Betul tak.. tidak kira apa post anda, mereka tetap akan datang dan memberikan komen mereka..

Tapi jika yang datang itu ialah stranger dan menjumpai maklumat atau isi post yang berguna, ini akan membuatkan blog anda mendapat seseorang pengunjung yang lebih baik. Saya tidak cakap yang kawan-kawan tidak penting (malahan sama penting dengan pelawat lain kerana mereka adalah 'unique visitor juga') tapi anda harus buatkan pengunjung yang tidak kenal anda akan mengingati blog anda selepas mereka datang mengunjunginya.

Dengan mengenali pengunjung anda, maka anda akan membuatkan blog anda lebih bervariasi dan lebih mantap dalam mengekalkan tahap traffik dan akan bertambah dari masa ke semasa..
 

Selamat mencuba. 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
 
Bookmark and Share
Share

Template blog yang cantik tidak menjamin kedatangan visitor.... ya ke!!..

Kali ini saya cuba berbicara tentang cara-cara yang boleh menambahkan visitor ke blog anda. Sebenarnya kalau dikira dari segi pengalaman saya rasa banyak lagi blogger lain yang lebih layak dalam membicarakan hal ini memandangkan mereka lebih arif tentang hal ini tetapi sebagai blogger yang baru beberapa bulan berblog dari langsung tiada pengalaman, ini lah cara yang saya dapat dan katakan tentang cara- menarik visitor ke blog anda...sekurang-kurangnya blog anda tidak kosong dengan pengunjung...hehe

Pertama yang anda lakukan apabila anda sudah ada blog dan ada postnya 'Blogwalking' adalah cara yang terbaik. Anda harus melawat blog orang lain dan pergi ke shoutmix mereka dan tulis sesuatu yang menyatakan kehadiran anda dalam dunia blogging dengan menulis alamat blog anda dan cuba katakan sesuatu tentang blog anda.. Biasanya orang akan pergi melawat anda melalui kaedah ini. Kalau mengharapkan 'keyword' pada masa ini jangan harap kerana blog yang baru amat susah dikesan di dalam carian internet. Lebih kerap anda mengunjungi shoutmix mereka maka kehadiran anda akan dirasai. Tapi janganlah pula anda buat begini 10x dalam satu shoutmix dalam sehari...Marah orang bro...

Dalam masa yang sama cuba pastikan entri post anda tidak terlalu pendek (mcm nota budak sekolah pula), ada nilai yang boleh dikongsi sama, ditulis dalam bentuk yang mudah difahami dan selitkan manfaatnya jika ada. "TAJUK" entri post anda amat penting. Sesuatu post itu pertamanya akan dinilai oleh pembaca melalui tajuknya.. kalau tajuknya tidak menarik maka orang akan hilang minat untuk mengetahui isi kandungannya dengan lanjut. Pendek kata tajuk mesti gempak, gegar dan hangat dll.. pandai-pandailah menulis tajuk tapi jangan lah pula melebih-lebih dalam menulis tajuk dan lupa pada isinya. Saya katakan tajuk penting kerana post saya "The biggest ever phyton in the world discovered" saya rasa mendapat perhatian dengan banyak visitor masuk melalui post ini dulu. Apa lagi kawan blogger iaitu "Bujang Susah" bantu saya dalam promosi post ini dengan sharing nya di dalam blog beliau.
Anda perlu menyertai komuniti blogger yang selalunya berhimpun di tempat-tempat seperti Nuffnang dan Komuniti Gengblogger. Di sini anda boleh postkan apa-apa entri blog anda dan akan dilihat oleh kebanyakan blogger. Kalau entri post anda menarik ianya pasti akan menarik visitor ke blog anda.

Jika entri post anda bersifat peribadi olahkan ceritanya agar dalam bentuk yang menarik dan cuba kaitkannya dengan persekitaran untuk menambahkan lagi tarikan dalam cerita anda tersebut. Maksudnya di sini cerita mesti 'detail' dan mudah difahami. Jangan ceritanya anda sahaja yang akan faham dan menyuruh pembaca membuat kesimpulan sendiri. Keadaan sebegini membosankan dan akan menghalang minat visitor untuk kembali ke blog anda.
Anda juga boleh buat link dalam facebook dan sharing dengan kawan-kawan anda dan orang lain di komuniti tersebut. Anda boleh juga menulis di wall kawan-kawan di facebook dan jangan lupa sertakan link alamat blog anda di wall mereka..
Anda juga boleh melawat blog bloger-bloger lain yang telah lama berada dalam dunia blog dan share dorang punya pengalaman bagaimana menarik traffik ke blog kita. Jangan lupa melawat blog yang ramai pengunjungnya dan perhatikan apa yang menyebabkan blog mereka disukai oleh visitor-visitornya.. Jangan lupa baca entri mereka yang berkaitan dengan traffik..

Saya rasa template juga penting untuk blog tapi ianya bukanlah jantung kepada blog tersebut. Banyak lagi perkara seperti di atas yang perlu diambil perhatian lebih..

Bagi blogger-blogger baru macam saya mudah-mudahan coretan saya ini dapat membantu meningkatkan pengunjung ke blog anda..

Selamat berjaya.

Tq for reading..
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini