CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, May 14, 2010

AKU DAPAT HADIAH..NAK TAU APA..TENGOKLAH SENDIRI..


Selama aku berblog belum pernah aku dapat hadiah apa-apa. Kalau adapun ialah hadiah  award tetapi aku belum ambil apa-apa award yang diberi oleh kawan-kawan selama ini. Korang nak tahu... Minggu lalu barulah aku dapat hadiah tetapi bukan kerana aku menang apa-apa dalam blogging.. blogger macam aku ni manalah layak (belum lagi layak). Sebenarnya minggu lalu aku ikut bermain pertandingan golf di Sapi Club & Golf Country.. Tapi yang lucunya ialah sebenarnya dalam golf pun aku sebenarnya juga tidak layak untuk memerima hadiah jika bertanding kerana baru mula main dan tahap mainan pun belum cun..

Jadi apa hal yang sebenarnya??? Ok..lah aku cerita.. Selepas pertandingan golf tersebut tamat dan selepas penyampaian hadiah tidak sangka pula ada cabutan bertuah. Jadi nama aku terkena dalam cabutan bertuah tersebut dan hadiahnya ialah "10kg beras cap anggur"

 Inilah hadiah cabutan bertuah yang aku dapat
Tapi tidak apalah kerana beras pun boleh dimakan... Beras 10kg kalau seorang ja yang makan bolehlah juga sampai satu bulan..hehe. 

Itulah hadiah yang aku menang... Kalah main tapi dapat juga hadiah...

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini