CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, May 16, 2010

Bayi beberapa hari terbunuh tanpa disedari ketika menyusu susu badan ibu sendiri....

Pernahkah anda dengar kisah bayi yang terbunuh tanpa sengaja? Apa yang hangat berlaku sekarang ialah kisah ibu bapa atau penjaga atau sesiapa sahaja yang mendera anak mereka atau orang lain yang mana sehingga menyebabkan kematian..Kisah benar yang saya ingin kongsikan ini ialah kisah seorang ibu muda yang kehilangan bayi kecilnya kerana tidak peka kepada keadaan bayi yang amat kecil..

Dipendekkan cerita, ketika ibu muda ini menyusukan bayinya, beliau mengambil keputusan untuk menyusukan bayinya sambil berbaring. bayi dibaringkan di sisinya dan disusukan tanpa sebarang masalah..
Apa yang menjadi masalah ialah ketika ibu itu sedang menyusukan bayi kecilnya, beliau terlena di samping bayinya..Yalah..bayi yang masih terlalu kecil itu untuk bergerakpun susah kalau tidak dijaga.. Sambil tertidur ibu itu bergoyang tanpa menyedari yang payudaranya tertekan ke muka bayi tersebut.. Bayi yang masih terlalu kecil akhirnya mengalami masalah untuk bernafas akibat muka dan hidungnya terbenam ke payudara ibunya...Akhirnya bayi itu meninggal dunia akibat tidak dapat bernafas...

Apa yang saya mahu kongsi di sini ialah ibu-ibu haruslah sangat berhati-hati dalam melayani karenah anak kecilnya kerana malang tidak berbau dan akibat kecuaian kecil seperti ini, kita bisa kehilangan anak kita sendiri... Mudah-mudahan tidak....
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

2 comments:

Unknown said...

sedeynye
mst ibu tu rase bersalah seumur hidup
:(

iddinm said...

Itu sudah pasti farieha... menyesal yang tak sudah

Entri-Entri terkini