CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, May 18, 2010

Rm150 sekilogram...harga bagi seekor TENGGILING...??

Harga bagi seekor tenggiling hidup ialah RM110 hingga Rm150 sekilogram..Kenapa ia begitu mahal? Menurut cerita yang hangat diperkatakan tenggiling-tenggiling itu yang diperoleh di negara ini, akan dieksport ke luar negara untuk dijadikan makanan eksotik ataupun ubat-ubatan. Walaupun penggunaan tenggiling sebagai ubat belum dibuktikan tetapi penjualan tenggiling dalam pasaran gelap sentiasa berlaku..


Untuk menangkap seekor tenggiling sebenarnya tidak susah. Apa yang perlu anda lakukan ialah mencari di mana tenggiling itu berada. Tenggiling biasanya akan keluar makan pada waktu malam dan makanan kegemarannya ialah anai-anai. Jagi di mana ada busut anai-anai maka kebarangkalian untuk menemui tenggiling di situ adalah tinggi. Biasanya tenggiling ini akan tinggal dalam lubang di tanah atau kayu-kayu buruk. Pergerakan tenggiling juga sangat perlahan dan ini memudahkan kerja untuk menangkapnya.

Jika tenggiling merasa terancam dengan kehadiran sesuatu di sekitarnya, tenggiling ini akan melingkarkan badannya dengan kulit kerasnya untuk melindungi dirinya..Kulitnya ini memang cantik untuk dijadikan barangan perhiasan...


Jika tidak ada pemantauan yang berterusan dari pihak berkuasa maka tidak mustahil tenggiling ini akan mengalami kepupusan.. Tenggiling hanya akan beranak sekali dalam 2 atau 3 tahun.. dan biasanya boleh membesar sehingga 12 kilogram atau lebih..



Dulu kita boleh menemui tenggiling dengan mudah tetapi akibat dari keadaan semasa dengan penjualan di pasaran gelap yang berleluasa maka tenggiling semakin sukar ditemui.. Mungkin kalau adapun hanya yang tinggal di kawasan yang terpencil seperti hutan-hutan dan sebagainya..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
 
Bookmark and Share
Share

2 comments:

Anonymous said...

kalau boleh adakan ceramah ttg tenggiling, bagi kesedaran kat org ramai apa fungsi haiwan tsbut pada hutan hujan monsun tropika kite ni..ya memang..tenggiling mmg mahal di market gelap.sebab tu ia mmg menjadi buruan dan habuannya mmg agak best.

Unknown said...

salam...saye ade terjumpe seekor tenggiling..saye nak menjualnye dengan harge sepatutnya..berapa agak2 nya dan dimane saye boleh menjualnye ye?

Entri-Entri terkini