Benarkah ada artis yang bertulang besi..bagaimana mereka membuatkan tulang mereka macam besi? Adakah mereka membuat pembedahan dengan meletakkan besi dalam tulang mereka supaya tulang mereka lebih kuat dan tegap? Sebenarnya semua itu tidak perlu cuma yang paling penting ialah penjagaan dari peringkat awal di mana jangan sampai berlaku kekurangan kalsium dalam badan... tengok bagaimana Michelle menjaga tulangnya supaya sentiasa sihat dan kuat...
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
WANITA ini tidak pernah takut mencuba aksi lasak di layar perak. Melompat dan berlari juga tidak menimbulkan masalah buat bekas Miss Malaysia 1983, Datuk Michelle Yeoh.
Mula mempelajari tarian balet pada usia empat tahun, Michelle yang mengalami kecederaan tulang belakang, terpaksa mengalih perhatian kepada seni lain termasuk koreografi.
Michelle yang mahir berkungfu sering menjadi pilihan watak heroin beraksi lasak di Hollywood. Peranan yang paling sinonim dengannya ialah wanita yang mahir seni mempertahankan diri dan sentiasa tangkas beraksi. Michelle tampak seperti benar-benar menguasai setiap pergerakannya. Kongsinya, dia mementingkan kualiti kesihatan dengan mengambil tahu tentang kesihatan tulangnya. Selain senaman, pembinaannya memerlukan nutrien yang tepat dan berterusan untuk memastikan kitaran pembentukan tulang yang melibatkan pereputan tulang lama dan pembinaan tulang baru berlaku pada kadar yang sepatutnya.
Michelle yang berasa beruntung kerana dididik ibu bapanya untuk mengambil semua jenis makanan dan memahami tentang nutrien, menjadikan sayuran hijau dan buah-buahan sebagai makanan wajib. Untuk tulang pula, Michelle secara khususnya memilih mengambil susu setiap hari.
"Saya memang yakin dan ambil serius tentang kesihatan tulang saya. Sebagai seorang pelakon, kesuntukan masa dan jadual penggambaran yang sibuk merupakan tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan. Inilah antara sebab saya harus mengambil berat tentang pengambilan kalsium, bagi memastikan saya mendapat keperluan harian nutrisi tulang saya kerana saya gemar melakukan aksi lagak ngeri saya sendiri," kata beliau selepas pelancaran siri jelajah Sains di sebalik Anlene di ruang legar Oval, LG, New Wing One Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Di samping itu, Michelle yang juga duta Anlene, menggelarkan wanita Malaysia sebagai superwoman. Nasihatnya, jaga kesihatan tulang mereka seawal mungkin. Pada pendapat Michelle, sebagai ibu dan wanita muda, mereka melakukan banyak aktiviti. Jadi, mereka harus dibekalkan maklumat awal mengenai kepentingan menjaga tulang yang baik.
"Isu kesihatan tulang amat dekat di hati dan saya percaya, bermula usia 30-an, anda sudah perlu mengamalkan minum susu dengan pengambilan susu kalsium yang tepat," katanya. Berkongsi rahsia kesihatannya, sebagai seorang yang aktif dan lasak, dia perlu mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat mengekalkan kesihatan serta stamina ketika di lokasi penggambaran.
Bahkan, Michelle tiada masalah mengamalkan rutin itu kerana susu menjadi minuman hariannya sejak kecil sehingga sekarang. Malah, selepas bangun pagi dan bersenam, wanita ini akan minum secawan susu kemudian barulah melakukan aktiviti lain. Sementara itu, Michelle percaya kecantikan luaran sebenarnya terpancar menerusi dalaman iaitu daripada segi pemakanan serta hati yang sentiasa ceria dan gembira.
"Apabila kedua-dua ini dijaga, anda tidak perlu bimbang walau sudah lewat usia. Lihatlah penampilan saya yang suka minum susu," ujarnya yang bangga menjadi anak kelahiran Malaysia.
sumber:
utusan malaysia
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share