CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

Kelemumur dan rambut gugur merunsingkan


RAMBUT yang gugur berlebihan perlu diberi perhatian serius.


RAMBUT adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar namun tidak juga mudah. Tidak kena gaya ia mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya.
Biar berkerudung, penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi ia memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.
Bagi lelaki pula, barisan rambut yang lebat dan mudah digayakan menyerlahkan lagi penampilan. Biar pun mereka mempunyai pilihan untuk bergaya botak, namun bukan semua lelaki kelihatan menarik dengan penampilan begitu.
Apatah lagi andai keguguran rambut berlaku tidak sekata, pasti ia mencacatkan penampilan.
Menurut Dr. Gangaram, dua masalah utama yang sering melanda kebanyakan individu tidak kira lelaki dan wanita adalah kelemumur dan rambut gugur dengan kronik.
“Masalah rambut berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya usia, stres, kurang tidur, pengambilan makanan yang tidak betul, kurang nutrisi, penggunaan produk rambut berlebihan, pengering rambut dan genetik,” ujar beliau.
Seperti soal kesihatan yang lain, rambut juga sering diabaikan oleh kebanyakan individu, kata Dr. Gangaram.
“Bila rambut mula gugur baru kita berusaha ingin merawatnya. Sepatutnya ia perlu dijaga seawal usia muda lagi, melainkan faktor genetik yang sukar dirawat,” kata beliau.
Rambut bermasalah menjejaskan aktiviti harian setiap individu sekali gus menjadikan mereka kurang berkeyakinan dan malu berada di khalayak.
Jelasnya, setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut.
Kelemumur
Biasanya masalah ini disebabkan beberapa perkara:

  • Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak) - punca biasa menyebabkan kelemumur. Ia kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kangkang dan kadang kala pada bahagian ketiak. Seborrheic dermatitis juga boleh berlaku dari usia bayi dilahirkan (ruam lampin) dan beransur hilang pada usia satu tahun.
    Bagi mereka yang dijangkiti HIV, masalah ini lebih serius berbanding biasa. Menurut Dr. Gangaram, biasanya doktor boleh mengenal pasti pesakit yang menghidap HIV berdasarkan keadaan kulit kepala mereka yang mengalami kegatalan serius hingga merebak ke bahagian lain.
    Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.
    Kulit kepala kering, gatal dan berkeruping - disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.
    Kurang mencuci rambut - jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

  • Psoriasis - Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

  • Ekzema - Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.

  • Sensitif pada sesetengah produk - kadangkala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.
  • Jangkitan yis malassezia - Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap, dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.
    Rawatan kelemumur
    Menurut Dr. Gangaram, masalah kelemumur yang serius boleh diatasi dengan pengambilan syampu anti-fungus. Agen seperti ketoconazole, bifonazole dan ciclopiroxolamine (juga dipanggil ciclopirox) yang terdapat dalam formula berlainan seperti krim, gel, losyen dan syampu boleh membantu mengatasi masalah ini.

  • Rambut gugur (alopesia)

  • Terdapat dua jenis keguguran rambut biasa iaitu diffuse (menyeluruh) dan patchy (bertompok-tompok atau setempat).
    Masalah keguguran menyeluruh disebabkan kegagalan peringkat penghasilan menyebabkan berlaku:
  • Alopesia areata

  • Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
  • Telogen effluvium

  • Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.
    Masalah keguguran rambut bertompok pula disebabkan masalah penghasilan seperti:
  • Androgenetik alopesia

  • Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Namun ia juga boleh berlaku pada wanita. Dikenali sebagai salah satu bentuk botak pada lelaki (male pattern baldness).
    Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu hormon testosteron, usia (selepas seseorang berusia lebih 20 tahun) dan keturunan.
    Keguguran rambut serius
    Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut terutama selepas bersyampu.
    Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
  • Melahirkan anak

  • Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa satu hingga enam bulan ia akan pulih.
  • Penyakit tiroid

  • Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Demam, jangkitan dan selesema yang serius

  • Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
  • Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan

  • Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  • Ubat-ubatan

  • Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah . Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Rawatan kanser

  • Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
    Rawatan alternatif
    Pelbagai rawatan alternatif kini boleh didapati dalam merawat masalah rambut. Antaranya, pakar rambut Neeta Gosalia melalui produknya Neeta’s Herbal sudah berjaya membantu ramai pelanggan merawat masalah rambut serius seperti kelemumur dan keguguran rambut serius.
    Bagi Neeta yang berpengalaman selama 23 tahun dalam bidang itu berpendapat, mereka yang mengalami masalah rambut patut mendapatkan rundingan daripada pakar dan mengubah gaya hidup serta corak pemakanan.
    Katanya, segala masalah kebanyakan berpunca daripada akar rambut yang tidak subur dan rosak. Ia disebabkan banyak faktor.
    Beliau juga tidak menggalakkan mereka yang mengalami masalah rambut terus ke salon biasa kerana bakal mendapat rawatan yang tidak sepatut.
    Neeta’s Herbal menggunakan herba semula jadi seperti inai yang terbukti dalam merawat masalah rambut dan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya.
    Maklumat lanjut hubungi 03-22828868/ 03-77286751 atau www.neetasherbal.com


    sumber:
    utusan


    Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

    Bookmark and Share
    Share

    Thursday, June 3, 2010

    TIPS MENGECILKAN PERUT BUNCIT? ...BUDAK KECIL BERSENAM UNTUK KURUSKAN PERUT..

    Perut buncit memang sesuatu yang menjengkelkan
    Kita tentu berasa tidak selesa berjalan-jalan dengan perut buncit
    Pergerakan pun agak terbatas apabila perut buncit
    Tentu kita juga akan berasa malu apabila berdepan dengan orang

    Mengecilkan perut buncit tidak semudah seperti dicakap

    Jadi bagaimana mengecilkan perut yang buncit?

    Ada beberapa tips untuk mengecilkan perut buncit: 
     
    Bersarapan Dengan Yogurt

    Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.

    Jangan Gelojoh

    Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar2 hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.

    Kurangkan Garam

    Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.

    Minum Air

    Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

    Pengambilan Serat Yang Tepat

    Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang  mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.


    Tempat lain yang ada petua mengatasi perut buncit:


    Apapun caranya saya tetap percaya yang aktiviti bersukan yang berterusan masih merupakan cara terbaik untuk mengekalkan badan sihat.



    Tengok budak ni..walaupun berperut buncit tapi tetap bersenam..heheh 
     

    Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

    Bookmark and Share
    Share

    Wednesday, May 19, 2010

    Awas..sengatan kala jengking lebih berbisa dari sengatan lipan..

    Pernahkah anda disengat oleh kala jengking atau lipan? Kepada sesiapa yang pernah mengalaminya pasti memahami keperitan yang dialami apabila disengat oleh kedua-dua binatang ini..

    Kalajengking merupakan salah satu serangga yang paling menyeramkan dan berbahaya sekali apa-bila menyengat, terutama bila menggunakan sengatnya yang ada dibelakang. Bila kalajengking ini menyengat, keperitan akan dirasakan terutama apabila ia menggunakan penyengat di belakangnya..

    Kala jengkinag akan tinggal hidup di sebalik tenpat-tempat yang gelap seperti di sebalik batu, daun-daun kering dan bekas-bekas di sekitar rumah seperti pasu dan sebagainya. 

    Jika terkena sengatan ikutilah cara2 dibawah yang saya ambil dari obatkuno.
    Resepinya adalah seperti berikut berikut:
    a. Beberapa butir lada yang sudah penyek-penyekkan.
    b. Minyak kelapa secukupnya, dan
    c. Minyak spirit.

    cara membuat ramuannya :

    1. Semua bahan diatas dicampur jadi satu, lalu diaduk hingga rata.
    2. Setelah rata, tempelkan ia pada bagian tubuh yang terkena sengatan kemudian dibalut dengan menggunakan kain yang bersih. Dengan cara ini Insya Allah bisa atau racun kalajengking akan dapat ditawarkan.

    sedangkan sengatan lipan juga tidak kurang hebatnya tetapi hanyan merbahaya kepada kanak-kanak dan kurang merbahaya kepada orang dewasa. Pun begitu kita mesti mendapatkan rawatan segera apabila terkena sengatan kerana dikhuatiri kita mempunyai alahan terhadap sengatan yang boleh membawa kesan yang lebih teruk..
     

    Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
    Bookmark and Share
    Share

    Sunday, May 16, 2010

    Siapa artis yang bertulang besi...Rahsia kekuatan tulang Michelle

    Benarkah ada artis yang bertulang besi..bagaimana mereka membuatkan tulang mereka macam besi? Adakah mereka membuat pembedahan dengan meletakkan besi dalam tulang mereka supaya tulang mereka lebih kuat dan tegap? Sebenarnya semua itu tidak perlu cuma yang paling penting ialah penjagaan dari peringkat awal di mana jangan sampai berlaku kekurangan kalsium dalam badan... tengok bagaimana Michelle menjaga tulangnya supaya sentiasa sihat dan kuat... 

    Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH















    WANITA ini tidak pernah takut mencuba aksi lasak di layar perak. Melompat dan berlari juga tidak menimbulkan masalah buat bekas Miss Malaysia 1983, Datuk Michelle Yeoh.

    Mula mempelajari tarian balet pada usia empat tahun, Michelle yang mengalami kecederaan tulang belakang, terpaksa mengalih perhatian kepada seni lain termasuk koreografi.

    Michelle yang mahir berkungfu sering menjadi pilihan watak heroin beraksi lasak di Hollywood. Peranan yang paling sinonim dengannya ialah wanita yang mahir seni mempertahankan diri dan sentiasa tangkas beraksi. Michelle tampak seperti benar-benar menguasai setiap pergerakannya. Kongsinya, dia mementingkan kualiti kesihatan dengan mengambil tahu tentang kesihatan tulangnya. Selain senaman, pembinaannya memerlukan nutrien yang tepat dan berterusan untuk memastikan kitaran pembentukan tulang yang melibatkan pereputan tulang lama dan pembinaan tulang baru berlaku pada kadar yang sepatutnya.

    Michelle yang berasa beruntung kerana dididik ibu bapanya untuk mengambil semua jenis makanan dan memahami tentang nutrien, menjadikan sayuran hijau dan buah-buahan sebagai makanan wajib. Untuk tulang pula, Michelle secara khususnya memilih mengambil susu setiap hari. 

    "Saya memang yakin dan ambil serius tentang kesihatan tulang saya. Sebagai seorang pelakon, kesuntukan masa dan jadual penggambaran yang sibuk merupakan tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan. Inilah antara sebab saya harus mengambil berat tentang pengambilan kalsium, bagi memastikan saya mendapat keperluan harian nutrisi tulang saya kerana saya gemar melakukan aksi lagak ngeri saya sendiri," kata beliau selepas pelancaran siri jelajah Sains di sebalik Anlene di ruang legar Oval, LG, New Wing One Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

    Di samping itu, Michelle yang juga duta Anlene, menggelarkan wanita Malaysia sebagai superwoman. Nasihatnya, jaga kesihatan tulang mereka seawal mungkin. Pada pendapat Michelle, sebagai ibu dan wanita muda, mereka melakukan banyak aktiviti. Jadi, mereka harus dibekalkan maklumat awal mengenai kepentingan menjaga tulang yang baik. 

    "Isu kesihatan tulang amat dekat di hati dan saya percaya, bermula usia 30-an, anda sudah perlu mengamalkan minum susu dengan pengambilan susu kalsium yang tepat," katanya. Berkongsi rahsia kesihatannya, sebagai seorang yang aktif dan lasak, dia perlu mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat mengekalkan kesihatan serta stamina ketika di lokasi penggambaran.

    Bahkan, Michelle tiada masalah mengamalkan rutin itu kerana susu menjadi minuman hariannya sejak kecil sehingga sekarang. Malah, selepas bangun pagi dan bersenam, wanita ini akan minum secawan susu kemudian barulah melakukan aktiviti lain. Sementara itu, Michelle percaya kecantikan luaran sebenarnya terpancar menerusi dalaman iaitu daripada segi pemakanan serta hati yang sentiasa ceria dan gembira. 

    "Apabila kedua-dua ini dijaga, anda tidak perlu bimbang walau sudah lewat usia. Lihatlah penampilan saya yang suka minum susu," ujarnya yang bangga menjadi anak kelahiran Malaysia.


    sumber:
    utusan malaysia

    Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
    Bookmark and Share
    Share

    Entri-Entri terkini