Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, June 24, 2010

Anjing berhelmet telah diselamatkan..

Salam,

Akhirnya anjing berhelmet yang dilaporkan berkeliaran di Inanam telah diselamatkan oleh Unit Penyelamat Hidupan Liar, Jabatan Hidupan liar Sabah berjaya menanggalkan bekas makanan di kepala anjing tersebut. Seorang penduduk tempatan Chee 61, ternampak anjing tersebut di Kampung rampaian, jalan Kalansanan Inanam pada jam 8 pagi dan menghubungi Persatuan Pencegahan keganasan ke atas haiwan.

Anjing itu dikatakan mempunyai 3 ekor anak dan tersangkut di bekas plastik apabila sedang mencari makanan. Bila menerima panggilan Presiden SPCA Md Iskandar dan seorang ahlinya bergegas ke tempat anjing tersebut berada tetapi anjing itu melarikan diri apabila cuba dihampiri..

Kira-kira jam 11 pagi Chee sekali lagi ternampak anjing tersebut dan SPCA mengambil keputusan meminta bantuan Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah yang telah menghantar 2 doktor- Dr Sen dan Dr Mark, yang menggunakan ubat pelali ke atas anjing tersebut.


Akhirnya bekas makanan di kepala anjing tersebut berjaya ditanggalkan. Anjing itu dan tiga ekor anaknya ditempatkan di Jabatan Hidupan Liar Sabah sementara dapat mencarikan tempat tinggal kepada mereka..


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

2 comments:

Fadil said...

kesian anjing tu...tersangkut masa cari makanan untuk anak2 dia la tu...

iddinm said...

memang kesian anjing tu. memang anjing tu mencari makan untuk kasi makan anak2nya

Entri-Entri terkini