CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, June 18, 2010

SIAPA MAHU WANG TUNAI???

KASTAM AKAN BERI HADIAH WANG TUNAI

1706-lead-1a
RAMPASAN ... Yusop (kanan) bersama pegawai Kastam lain melihat pistol mainan yang dirampas sambil diperhatikan oleh Kassim pada sidang media itu. 
17th June, 2010
TAWAU: ‘Ada Hadiah Wang Ringgit!’ – itu janji Pengarah Kastam Sabah, Datuk Md Yusop Mansur, kepada mana-mana individu yang membantu pihaknya membanteras aktiviti penyeludupan di negeri ini. Menurutnya, imbuhan yang diberikan adalah bukti kesungguhan kerajaan membasmi aktiviti-aktiviti terbabit yang dilihat begitu merugikan negara.

Ketika ini katanya, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sabah melancarkan perang habis-habisan ke atas aktiviti penyeludupan barang kawalan bersubsidi serta rokok tidak bercukai. “Subsidi diberikan kerajaan untuk rakyat tetapi ada yang menyalahgunakannya. Begitu juga dengan rokok-rokok tidak bercukai yang diseludup masuk dari negara jiran.

“Selain ia merugikan kerajaan kerana nilai cukainya yang tinggi tidak dikutip, ia juga mencemarkan keindahan bandar kerana ramai penjual rokok ini menjualnya di kawasan kaki-kaki lima,” katanya. Berikutan itu juga katanya, beberapa pendekatan diambil bagi mengekang aktiviti-aktiviti berkenaan dari berleluasa.

“Antaranya ialah kita mempertingkatkan operasi di laut yang bersempadan dengan negara jiran. Operasi membanteras penjualan rokok tidak bercukai di pasaran juga kita lakukan dari semasa ke semasa.

“Mereka yang ditangkap kerana menjual rokok akan kita kenakan tindakan tegas dan jika mereka warga asing, mereka akan turut dihantar ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” kata Yusop. Setakat ini, di Tawau sahaja ujarnya, seramai kira-kira 40 hingga 50 warga asing yang menjual rokok di kaki-kaki lima sudah ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa pihaknya pada Selasa berjaya merampas 130 tong gas yang dipercayai cuba diseludup keluar dari negara jiran, hasil satu operasi yang dijalankan. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini kelmarin.

“Oleh yang demikian, ketika berharap masyarakat membantu menyalurkan maklumat kerana dengan adanya kerjasama kolektif, penyeludupan dapat dibanteras dengan lebih berkesan,” katanya. Pada sidang media itu, Md Yusop turut memberitahu bahawa pihaknya berjaya merampas pelbagai barangan yang cuba diseludup masuk atau keluar dari Pusat CIQ Tawau bernilai RM57,163.20 dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Barang-barang berkenaan katanya terdiri daripada barang kawalan bersubsidi seperti gula, tepung dan minyak serta pelbagai jenis pil, senjata tajam, pistol mainan, kain batik dan sebagainya. Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah tiga Timbalan Pengarah Kastam Sabah iaitu Janatan Bimbang (Perkhidmatan Teknikal), Liah Omar (Penguatkuasaan) serta Hamzah Sundang (Perkastaman) dan Ketua Kastam Tawau, Datu Kassim Datu Bangsawan.

sumber:
sabahtimes


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini