CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, June 14, 2010

Kartika selesai jalani hukuman yang dikenakan

Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
2010/06/14

Tiga minggu berkhidmat di rumah kebajikan, akui diri semakin tenang

IPOH: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, mengakui dirinya semakin tenang dan boleh memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga serta karier sebaik selesai menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, pada 22 April lalu

Walaupun tidak menafikan mengalami pelbagai pengalaman termasuk beberapa ‘insiden’ ketika menjalani hukuman itu, beliau berkata, demi menjunjung titah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, beliau merelakan hati menabur bakti sepanjang berada di tempat itu.
“Saya tidak dapat melupakan pengalaman sepanjang tiga minggu berkhidmat di rumah kebajikan itu. Demi Tuanku, saya merelakan hati menabur bakti walaupun ketika itu hanya Allah yang mengetahui apa sebenarnya tersirat dalam hati ini.

“Berpisah dengan dua anak termasuk seorang daripadanya anak istimewa sangat meruntun jiwa, namun saya percaya ada hikmah di sebalik dugaan itu,” katanya ketika ditemui, di sini, petang kelmarin. Turut hadir, bapanya Shukarnor Abdul Mutalib.

Pada 2 April lalu, Kartika menjalani hukuman khidmat masyarakat selama tiga minggu selepas hukuman enam sebatan dikenakan kerana kesalahan minum arak diringankan oleh Sultan Ahmad Shah.

Kartika berkata, sebelum menjalani hukuman itu, beliau sudah insaf sepenuhnya dan berharap ‘hukuman’ itu memberi kesan kepada umat Islam lain supaya mejauhi minuman haram itu.
“Perjalanan yang saya tempuhi cukup panjang dan hakikatnya, keinsafan terhadap kesalahan (meminum arak) itu sudah lama terbit iaitu sebelum saya ke rumah kebajikan berkenaan.

“Saya menjadi tumpuan media dan pada masa sama, saya akui mencemarkan nama baik keluarga malah memberi kesan kepada rumah tangga. Yang pasti, sebelum menjalani hukuman itu, saya sebenarnya sudah insaf,” katanya yang enggan menjelaskan lanjut mengenai tanggungjawab serta tugas perlu dibuat sepanjang berada di rumah kebajikan itu.

Katanya, beliau akan meneruskan keinginan mengadakan umrah bersama bapanya, awal Ogos ini melalui pakej umrah ditaja Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd (GETT) dan berharap pemergian itu dapat membantunya bermuhasabah diri, selain bertaubat kepada Allah.

Sementara itu, Shukarnor berkata, beliau terkilan layanan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang sepanjang proses pelaksanaan hukuman itu.

“Ketika Kartika mahu dibawa menjalani hukuman yang tidak jadi itu, mereka nampak bersungguh-sungguh, tetapi kehadiran kami seolah-olah tidak dialu-alukan (seperti lepas tangan).

“Walhal hukuman itu dititahkan sendiri baginda Tuanku dan apa berlaku sebaliknya, saya sendiri terpaksa hantar (Kartika) ke rumah kebajikan itu,” katanya.


sumber:
beritaharian


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini