Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, July 15, 2010

Jam 12.01 malam ni...HARGA MINYAK NAIK 5 SEN BAGI RON 95 DAN DIESEL SERTA BEBERAPA BARANGAN LAIN...

PETALING JAYA: 

Kerajaan hari telah mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa muali jam 12.01 malam ini. Tindakan ini dilakukan selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api terutama petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG). Selain dari itu harga pasaran gula pula akan ditambah naik sebanyak 25 sen sekilogram mulai esok. Ini adalah permulaan tindakan kerajaan dalam mengurangkan subsidinya secara berperingkat-peringkat..

Dalam pengumuman Pejabat Perdana Menteri di sini, subsidi bagi RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri. Ini akan menjadikan subsidi yang ditarik itu akan dibayar oleh pengguna nanti.

Ini bermakna bermula malam ini petrol RON95 akan dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG pula akan dijual pada harga RM1.85 sekilogram. "RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik. Ini akan menjadikan harga petrol RON97 akan bergantung kepada permintaan dan harga semasa.. Permintaan banyak maka harganya pun akan naik..

Tindakan ini adalah suatu permulaan dan dalam masa yang terdekat akan ada lagi barang-barang bersubsidi lain yang akan ditarik subsidinya secara berperingkat-peringkat..

Ini pastinya akan menyebabkan barang-barang bukan kawalan juga akan naik.. Tidak lama lagi bahan-bahan makanan dan minuman di kedai-kedai makan dan restoran juga akan naik kerana mereka akan kata "harga gula telah naik"..

Sewa dan tambang kenderaan awam juga akan naik.. kalau tidak dinaikkan maka tentu ada pihak yang akan membuat sesuatu desakan agar semua akan naik..

Harap-harap keadaan yang akan terjadi nanti masih lagi dalam keadaan terkawal dan tidak akan menyusahkan penduduk amnya...



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini