Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, July 1, 2010

KENAPA SAIFUL APEK PERLU UNDURKAN DIRI??

Pelawak Halang Apek "Bersara"


KEPUTUSAN pelawak popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek untuk mengundur diri dari bidang seni tidak disambut baik anggota kumpulan Senario.
Menurut Azlee dan Mazlan perkara tersebut merupakan satu kerugian besar kepada industri ini.
"Pelawak di Malaysia sangat berkurangan walaupun ada program untuk mencungkil bakat pelawak, namun hanya beberapa orang sahaja yang mampu bertahan dalam bidang ini.
"Bagi saya bakat Apek sebagai pelawak adalah luar biasa. Dia yang berjaya menjadi pelawak pertama memenangi Anugerah Bintang Paling Popular.
"Rugi sangat jika dia berundur dari dunia lawak. Dia juga mempunyai pengikut yang tersendiri, jadi saya rasa lebih baik Apek kuatkan semangat," kata Azlee.
Apek yang juga bekas anggota Senario berusia 41 tahun itu ditahan polis bersama lima rakan di rumahnya atas dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada 13 Jun lalu.

Akibat insiden itu Apek yang dibebaskan dengan jaminan polis menyatakan hasrat untuk berundur seketika dari dunia seni.
Bagi Mazlan, Apek perlu mengambil iktibar dari peristiwa itu dan bangkit semula meneruskan perjuangan karyanya.
"Buang yang keruh dan ambil yang jernih, dia perlu ambil peristiwa itu sebagai pengajaran dan buka buku baru dalam hidupnya.
"Bukan dia sahaja yang menerima nasib begini dalam industri ini, ada artis lain yang pernah jatuh bangun terlibat dengan dadah, namun mereka tidak mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya mereka.
"Seni ini halus tidak semua mempunyai bakat seni, ia juga tidak boleh dipupuk dan belajar. Dia bertuah kerana dikurniakan bakat yang menakjubkan.
"Jadi saya rasa dia perlu gunakan bakat yang ada ini sebaiknya," katanya Mazlan yang menganggap Apek sebagai rakan yang sangat rapat dengannya.




P/s:
Buang yang keruh ambil yang jernih...Jika seseorang melakukan kesalahan dan hendak berubah ke arah lebih baik maka apa salahnya..Bukankah itu satu teladan yang lebih baik...Yang penting ialah bila sudah berubah baik maka janganlah sekali-sekali mengulangi kesilapan lama..Nanti apa pula kata orang ramai... Taubat hangat-hangat tahi ayam la namanya...


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

4 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

insaf tu lebih penting..apek kena ingat yang die ade anak bini untuk disara...hurmm..xmeriah la dunia lawak kalau xde apek..

hudhud said...

betul2 i pun tk sokong kalau dia nk undur diri

iddinm said...

C.a: betul cakap anda..dunia hiburan sudah sinonim dengan apek cuma dia perlu berubahlah

iddinm said...

hudhud:
saya rasa ramai yang tak sokong dia undur diri.

Entri-Entri terkini