Lisa Surihani memang popular dan semakin popular...Namanya kini setanding dengan bintang ternama seperti Erra Fazira dan kini tawaran berlakon tak putus-putus datang kepadanya.. Terbaru Lisa Surihani akan keluar dengan drama terbarunya "Tudung Ekspress" di mana dalam filem ini Lisa akan memegang watak Erin. Beliau mengakui yang tidak berasa janggal dengan mengenakan tudung sepanjang penggambaran drama 13 episod itu kerana sebelum ini pun beliau selalu memakai tudung dalam majlis-majlis agama juarnya lagi.
Mengulas tentang wataknya dalam drama itu Lisa memberitahu bahawa wataknya adalah menjadi seorang muslimah dari kampung yang datang ke kota demi mengejar cita-cita namun kerana sifatnya yang kelam-kabut Erin selalu di timpa masalah..
Cabaran utama dalam filem ini ialah aksi dalam komuter di mana mereka terpaksa berlari keluar dari komuter semasa keretapi sedang berhenti mengambil penumpang.
Drama ini mengisahkan kehidupan 4 orang gadis bertudung yang memiliki watak tersendiri. Pelakon lain ialah Julia Ziegler, Linda Hashim dan Chermaine Poo yang akan ditayangkan setiap jam 9.30 malam di astro prima bermula 8 Julai.

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
2 comments:
ske lisa x?hehhe
setakat ni ok la dia pasal x terlalu banyak ceta yang tak bagus tentng dia..Harap dia tak lupa daratan lah
Post a Comment