Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, July 5, 2010

SOTONG KURITA MERAMAL PERLAWANAN SPAIN DAN GERMANY?? BOLEHKAH DIPERCAYAI LAGI??



Haiwan memang selalu dikaitkan dengan kebolehannya mengetahui sesuatu yang berlaku sebelum manusia sempat mengetahuinya. selalunya haiwan ada 'psikik' dalam meramal sesuatu kejadian umpamanya gempa bumi sebelum manusia tahu mengenainya..Kita lihat sahaja kejadian tsunami yang berlaku di lautan hindi yang lepas di mana gajah-gajah di Thailand dilaporkan tidak tenang dan berlari ke arah tanah yang lebih tinggi. Manusia hanya mengetahui kejadian itu selepas tsunami itu datang...

Baru-baru ini kejadian luarbiasa dalam bolasepak juga berlaku apabila seekor sotong kurita peliharaan bernama 'Paul' yang dipelihara di akuarium Oberhausen Jerman dapat meramal dengan tepat keputusan perlawanan antara Jerman dan England. Apabila diberikan pilihan, sotong itu tanpa ragu-ragu memilih tong yang dipasangkan bendera Jerman berbanding England dua hari sebelum perlawanan berlangsung.

“Ramalan Paul satu menakjubkan. Ia berenang ke arah bekas yang bertanda bendera Jerman, memanjat dan menutup bekas itu sebaik ia duduk di dalamnya,” kata Munzig.

'Paul' dilahirkan di United Kingdom dan dipindahkan ke akuarium itu  menjadi selebriti dalam sekelip mata selepas meramalkan dengan tepat kekuasaan Jerman mengalahkan Australia dalam perlawanan pembukaan dan kemudian kalah kepada Serbia sebelum menang dengan Ghana.

Adakah secara kebetulan sahaja? Hakikat yang 'Paul sudah lima kali meramal keputusan perlawanan melibatkan Jerman memang amat menakjubkan. Semasa Jerman kalah kepada Serbia pun dapat diramal oleh sotong yang berkebolehan ini..

Haiwan lain memang ada kalanya dapat meramal sesuatu kejadian itu dengan lebih awal. Mungkin ini adalah anugerah Allah kepada makhluk ini. Pernah satu kejadian yang pernah saya saksikan di mana pada satu senja anjing peliharaan jiran saya menyalak dan berlari tidak henti-henti seolah-olah ada sesuatu yang dia nampak.. Tetapi kejadian hanya berlaku pada awal pagi besoknya di mana rumah jiran saya telah musnah dalam kebakaran..
Semua orang memang akan tertunggu-tunggu apakah ramalan yang dibuat oleh 'Paul' ke atas perlawanan antara Sepanyol dan Jerman.. Adakah 'Paul' akan memihak kepada Jerman pada kali ini atau dia memberikan sokongan kepada Sepanyol? Sama-sam kita ketahui nanti dan ikuti perkembangannya melalui internet.. Itupun kalau Munzig mahu mendedahkan ramalan sotongnya pada kali ini.. Saya pasti para penjudi akan melakukan sesuatu agar ramalan 'Paul' tidak akan diketahui umum untuk memudahkan mereka memenangi taruhan mereka nanti..

Sama-sama kita nantikan... 

Blog/web lain yang menceritakan mengenai 'Paul':


 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

3 comments:

nuriz said...

oo baru saya paham nape org ckp sotong dan piala dunia ada kaitan hehehe

iddinm said...

begitulah kisahnya..hehe

bagus untuk penjudi-penjudi..hahah

Farid MOFASAD said...

kali ini tipu.

spain yang juara!







>>__________<<

Entri-Entri terkini