Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, July 6, 2010

"Paul" SOTONG KURITA AJAIB TELAH MERAMAL SPAIN SEBAGAI PEMENANG ANTARA GERMANY VS SPAIN..


Heboh sekarang diperkatakan yang "Paul" telah membuat ramalan terhadap perlawanan buku bertemu ruas Germany vs Spain.. Paul telah memilih Spain sebagai pemenangnya..Tapi apapun keputusannya ini hanya ramalan psikik seekor binatang. Yang boleh menentukan keputusan sebenar ialah mereka yang bermain dan berada di atas padang.

Ramalan Paul tetap sebagai satu ramalan dan mungkin juga ramalannya sebelum ini pun hanya secara kebetulan.. Mungkin Paul menyukai sesuatu misalnya warna pada bendera yang menyebabkannya memilih Jerman. Biarpun Paul tidak menyebelahi negaranya lagi tapi pemain-pemain Jerman tidak perlu risau. Jika mereka bermain dengan baik seperti sebelum ini maka mereka boleh menidakkan ramalan Paul..

Mungkin juga ramalan itu adalah ramalan palsu..Yalah sekarang ini macam-macam boleh dibuat di internet hanya dengan menggunakan komputer. Jadi apapun ramalan Paul pada kali ini mungkin telah dipengaruhi oleh 'sesuatu' yang kita di sini tidak tahu...Ramalan itu di buat jauh di Eropah sana sedangkan yang berada jauh dari tempat itu hanya berpeluang menunggu apa jua keputusan yang disajikan oleh Munzig..

Kadangkala media juga yang membuat semua spekulasi ini dan ini akan membawa banyak keuntungan kepada pihak-pihak tertentu sekaligus penambahan populariti akhbar tersebut.

Jadi kesimpulannya ialah hanya anda yang mampu menentukan siapa pilihan anda yang sebenarnya.. Anda tentu tahu menilai keupayaan barisan pasukan yang akan diturunkan nanti dan persembahan merekalah yang sebenarnya akan menentukan keputusan perlawanan antara Spain dan Germany itu nanti..

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

1 comment:

Cik Yuki said...

hehee pemes tol si paul ni ek..
most of bloggers sume citer psl die..
hahahaha

Entri-Entri terkini