CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Piala Dunia FIFA 2010. Show all posts
Showing posts with label Piala Dunia FIFA 2010. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Paul Oktopus mati pada usia 2 setengah tahun..

Peramal keputusan paling popular pada kejohanan bolasepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan baru-baru ini dilaporkan mati pada usia 2 1/2  tahun atas sebab kematian natural seperti yang dilaporkan oleh associated press. Ramalan-ramalannya pada bolasepak piala dunia semuanya tepat menjadikan Paul sebagai bintang pada temasya kali ini..


Walaupun Paul telah mati tetapi namanya tetap terpahat dalam sejarah sebagai peramal yang hebat pada mana-mana perlawanan bolasepak piala dunia.



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Saturday, July 17, 2010

Si Sotong Kurita Ajaib "Paul" akan tinggal terus di Jerman walaupun keselamatan terancam..

Jerman tolak pindah 'Paul'


2010/07/17

BERLIN: Kuasa psikik sotong 'Paul', tidak diperlukan bagi meramalkan nasibnya sendiri, kerana akuariumnya di Jerman semalam menolak tawaran Sepanyol agar ia dipindahkan ke negara Sepanyol... Paul menjadi salah satu selibriti paling diminati semasa perlawanan piala dunia di Afrika Selatan.Ramalannya tentang siapa yang akan menang dalam perlawanan yang sentiasa mengena pada piala dunia baru-baru ini menjadikan segala pilihannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak seluruh dunia..

Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapatero menawarkan untuk menghantar satu pasukan keselamatan bagi menjaga sotong berusia dua setengah tahun itu daripada rakyat Jerman yang marah dan tidak senang setelah Jerman dikalahkan oleh Sepanyol. Keadaan bertambah buruk apabila Paul sekali lagi meramalkan yang sepanyol akan menang piala dunia dan ini menambahkan lagi kemarahan peminat Jerman yang sudah sedia marah dengannya.. 

Paul dikehendaki bagi memeriahkan pesta makanan laut di O Caraballino sebuah bandar di Sepanyol yang hanya mempunyai 14,000 orang penduduk. – AP

kesian si 'Paul" ye..selepas khidmatnya di pakai pada  piala dunia, sekarang dia menjadi kemarahan kepada rakyat negara itu sendiri selepas Jerman kalah pada perlawanan separuh akhir kepada sepanyol.. Sepatutnya pasukan Jerman mengambil ramalan Paul sebagai satu cabaran dalam mengatasi kekuatan pasukan Sepanyol..Ini tidak..asyik menyalahkan si paul pula tu...






Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

LARISSA RIQUELME ... DINOBATKAN SEBAGAI PEMINAT PALING HANGAT DI PIALA DUNIA

Piala dunia sudah berakhir tetapi kisahnya masih hangat diperkatakan.. Larissa, model Paraguay ini menjadi fokus utama kamera dan berita melebihi pasukan Paraguay itu sendiri dan aksinya yang paling mendapat liputan meluas ialah aksi di mana Larissa meletakkan Telefon nokianya di antara payudaranya.



Riquelme akhirnya sentiasa menjadi sasaran utama jurugambar media apatah lagi apabila beliau mengeluarkan kenyataan akan berbogel sambil berlari di pesta sambutan kemenangan pasukannya jika mereka menang piala dunia kali ini... Malangnya Paraguay telah tewas kepada juara baru, Sepanyol pada pusingan suku akhir...



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, July 15, 2010

Aksi lucah Maradona tengah memegang 'anu'nya..

Kerana terlalu menumpukan perhatian pada perlawanan, Maradona mungkin tidak tahu yang aksi lucahnya dirakam orang.. Gambar dia tengah memegang 'anu'nya telah di candid dan disebarkan di internet.. mari kita tengok bagaimana aksi lucah maradona tersebut...


Nampak gaya maca beliau tengah 'merasa' sesuatu dan cuba membetulkan kedudukan yang salah..hehe


 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Monday, July 12, 2010

SANG PERAMAL HEBAT...SUDAH NYATA YANG 'PAUL' LEBIH HEBAT DARI 'MANI,..

Salam,

Pertandingan bolasepak piala dunia baru saja berakhir awal pagi tadi dengan munculnya muka baru sebagai pemenang iaitu Sepanyol apabila mereka berjaya menewaskan Belanda pada masa tambahan dengan keputusan 1-0. Mungkin ramai yang gembira kerana pasukan mereka telah menang tetapi tidak kurang juga yang kecewa apabila pasukan Belanda tewas.. Apapun perlawanan pagi tadi tetap hebat dengan kedua-dua pasukan saling menyerang lawan masing-masing..

Keputusan awal pagi tadi juga telah menemukan "Paul" dan "Mani" yang juga telah membuat pertandingan mengenai siapa peramal yang paling hebat kepada keputusan pertandingan piala dunia kali ini... Nyatalah yang Paul octopus lebih hebat dan memang lebih handal..

 
Mani


Paul 
 
Biarpun masing-masing memlilki teknik ramalan yang berbeza tetapi dalam perlawanan akhir semalam Paul telah memilih Sepanyol manakala Mani telah memilih Belanda sebagai pemenang masing-masing..
Dalam perlawanan piala dunia kali ini ramalan Paul 100% tepat dengan semua jangkaannya telah menjadi kenyataan manakala Mani juga tidak kurang hebatnya dengan ramalan 80%.. Apapun semua itu telah menjadi sebahagian daripada suka duka piala dunia kali ini.. Entah apa lagi yang akan berlaku pada pertandingan musim akan datang.. Sama-sama kita nantikan di Brazil 2014...



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Thursday, July 8, 2010

SOTONG AJAIB MERAMALKAN BELANDA AKAN MENEWASKAN SEPANYOL DALAM PERLAWANAN AKHIR...

Oleh kerana pasukan negaranya Germany telah tewas maka timbul tandatanya adakah si Paul ini akan meneruskan ramalannya ke atas perlawanan akhir piala dunia di antara Sepanyol dan Belanda.. Dengan kecanggihan teknologi komputer masa kini maka telah dikeluarkan foto yang kononnya adalah si Paul yang terkenal itu di mana dia telah meramalkan Belanda akan menewaskan Sepanyol pada perlawanan akhir...

 
Pada aku foto ini ada keraguan dari segi bentuk akuariumnya dan juga si paul itu sendiri.. Adakah kerana terlalu banyak meramal keputusan mengakibatkan si paul semakin kurus? Mana perginya bola disamping balang akuarium itu? Tapi jika benar foto di atas adalah Paul maka bagaimana? Pada piala dunia kali ini Paul belum tewas dalam 6 perlawanan... satu pencapaian yang memang mengagumkan dan ajaib..

Tidak kurang juga foto lain yang dicipta oleh orang untuk mempermainkan ramalan si Paul... Lihat gambar foto di bawah... Bila masa si paul buat semua ramalan itu...


Yang ini best sebab pasukan Jerman akan menentang pasukan Malaysia di mana Paul dikatakan telah memilih Malaysia sebagai pemenang...hahah...siapalah yang buat lawak best ini.. Kita tengok lagi satu foto...

 
Adakah si Paul datang meramal keputusan perlawanan di antara Selangor dan Kelantan? Yang ini mungkin sotong kurita Malaysia yang dipelihara di Selangor..haha
Apapun keadaannya kita tunggu keputusan sebenar perlawanan akhir Piala Dunia 2010 pada 12 Julai nanti..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

JANJI UNTUK BERAKSI SEKS...Hadiah daripada pelakon filem lucah Belanda kepada Follower twitter nya jika Belanda menang Piala dunia..


Bobbi Eden
Dalam kesibukan piala dunia kali ini beberapa bintang filem telah memberikan janji akan melakukan sesuatu jika pasukan mereka menang piala dunia kali ini..Bintang filem lucah Belanda Bobbi Eden menulis dalam Twitternya "Saya akan memberi 'BJ' kepada semua follower saya" jika Belanda memenangi Piala Dunia hujung minggu ini...Mungkin beliau akan melakukan oral seks didepan pengikutnya dalam Twitternya.

Selepas menyingkirkan Uruguay dalam perlawanan separuh akhir Belanda hanya satu perlawanan daripada pesta oral seks besar-besaran yang berkemungkinan akan disertai oleh beberapa orang artis porn wanita yang lain. Pengikut Eden dalam Twitter setakat ini ialah seramai 23,000 orang.

Eden bukanlah artis pertama yang membuat cabaran dan janji seperti ini pada piala dunia kali ini.. Model dan artis Paraguay Larissa Riquelme berjanji akan berlari di jalan raya di Paraguay tanpa pakaian jika pasukan Paraguay memenangi piala dunia..Tetapi memandangkan Paraguay telah tersingkir dari kejohanan maka hasrat aktress ini semacam tidak kesampaian..

inilah gambar larrisa yang akan berlari bogel untuk Paraguay


Bagaimanapun Riquelme telah memutuskan untuk berlari bogel juga sebagai hadiahnya kepada pemain bolasepak Paraguay yang telah membuat pencapaian terbaik mereka...

Kita nantikan apa yang Bobbi Eden  akan lakukan jika Belanda benar-benar menjuarai piala dunia pada kali ini...


Go to 

huffingtonpost for more stories.. 



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Good bye Germany..YOU'RE NOT IN THE FINAL THIS YEAR...'Paul' memang telah jangka keputusan ini....SPAIN 1-0 GERMANY

Spain 1- 0 Germany 

     1  

  0

Memang berar ramalan si Paul...Akhirnya Jerman terpaksa mengakui hakikat yang Sepanyol lebih handal dan menguasai segenap posisi dalam perlawanan ini...Hanya sekali-sekala Jerman dapat memasuki kawasan Sepanyol...Bolehlah dikatakan yang Sepanyol menguasai bola dan hanya bermain setengah padang.. 

Puyol pemain Barca ini menjaringkan gol pada separuh masa kedua dan seterusnya membawa pasukan Sepanyol ke perlawanan akhir.. Jika tidak kerana sikap tamak Pedro yang mendapat hantaran dari Xavi Hernendez pada minit ke 83 dan memberikan bola kepada Torres di sebelah kirinya yang memang kosong maka sudah pasti pasukan Sepanyol memenangi perlawanan ini 2-0...

Apapun pada piala dunia kali ini pasukan Sepanyol telah menempah sejarah dengan memasuki peringkat separuh akhir dan akhir buat pertama kali..

Tahniah kepada semua pemain Sepanyol...

Buat pemain Jerman..Cuba lagi pada piala dunia tahun 2014..


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, July 7, 2010

PHOTO RAMALAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR DI ANTARA SPAIN DAN GERMANY ADALAH PALSU...?

Sebelum saya meneruskan coretan mengenai ramalan si "Paul" saya harap Cik Anastasyea membenarkan saya menggunakan gambar di bawah yang saya ambil dari blog beliau sebagai gambar entri kali ini...

Teknik mengubah dua gambar ini dan menggantikan gambar Negara Serbia dengan gambar Negara  Sepanyol amat mudah dilakukan..ianya boleh dilakukan dengan photo editor seperti adobe photoshop dan sebagainya.. jika anda ingin gambar anda berada di sebelah artis pun boleh walaupun anda tidak pernah jumpa artis tersebut..Guna saja teknik superimpose..anda akan dapat menggantikan bendera Serbia dengan bendera yang anda suka.


Jadi hakikatnya ialah Munzig dan teman-temannya tidak terlibat dalam hal ini dan gambar yang digembar-gemburkan di internet adalah amat tidak tepat sekali..Tengok saja kedudukan bola,aquarium, malah cara "paul" memegang di kotak pun tiada perbezaan langsung..Cuma yang berbeza di sini ialah bendera Sepanyol dan Serbia.. 

Jadi tidakkah itu menghairankan? Bukankah ada kebenaran dakwaan ini? Lagi satu ialah bendera Sepanyol ini tidak cukup lambang.. Takkan bendera pun salah letak..

Jadi pandai-pandailah anda letak pasukan pilihan anda dalam perlawanan awal pagi nanti... Jangan kerana sotong palsu anda akan tersalah pilih pasukan...


 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, July 6, 2010

SOTONG KURITA PERAMAL KEPUTUSAN PERLAWANAN SPAIN DAN GERMANY...KAWAN AKU TIDAK PEDULI...

Sotong kurita ajaib telah meramalkan Sepanyol sebagai pemenang perlawanan esok..Ini menurut gambar yang telah disiarkan.. Berbagai-bagai reaksi yang aku dapat dari rakan-rakan aku mengenai ramalan itu..Ada yang setuju dan tidak kurang juga yang menolak ramalan itu..

"Ini kali aku akan meramal Germany akan menang lagi.. England dan Argentina yang kuat pun kena belasah?? inikan Sepanyol" kata seorang rakan.. "Aku bertaruh 3-1 kepada Germany" kata seorang lagi..Masing-masing mempunyai alasan tersendiri tentang kemenangan yang mereka mahukan..

"Sudah 5 kali meramal semuanya tepat...Bukankah itu satu keajaiban dan ia akan berulang lagi" kata penyokong Spain.. Kalau tengok kepada pemain-pemain yang kedua-dua pasukan ini ada maka pada saya perlawanan adalah seimbang..Cuma siapa yang dapat menggunakan kesempatan akibat kelalaian pihak lawan maka dia akan menang..

"Biarlah..itu sotong ramal mana pun aku akan tetap sokong Spain" seorang lagi kawan aku menyampuk kerana dia tidak mempercayai pada ramalan sotong itu..Baginya itu semua adalah propoganda yang diatur oleh Munzig dan media untuk kepentingan mereka...

Apapun yang mereka katakan aku sendiri akan menyokong Spain bukan kerana ramalan sotong tersebut tetapi aku memang suka akan pasukan ini dan hanya Spain pasukan aku yang tinggal pada piala dunia kali ini.. Jika tewas maka aku tiada pasukan dalam perlawanan akhir nanti.. Tentu tidak seronok menonton perlawanan akhir tanpa pasukan yang kita minati..
 


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

"Paul" SOTONG KURITA AJAIB TELAH MERAMAL SPAIN SEBAGAI PEMENANG ANTARA GERMANY VS SPAIN..


Heboh sekarang diperkatakan yang "Paul" telah membuat ramalan terhadap perlawanan buku bertemu ruas Germany vs Spain.. Paul telah memilih Spain sebagai pemenangnya..Tapi apapun keputusannya ini hanya ramalan psikik seekor binatang. Yang boleh menentukan keputusan sebenar ialah mereka yang bermain dan berada di atas padang.

Ramalan Paul tetap sebagai satu ramalan dan mungkin juga ramalannya sebelum ini pun hanya secara kebetulan.. Mungkin Paul menyukai sesuatu misalnya warna pada bendera yang menyebabkannya memilih Jerman. Biarpun Paul tidak menyebelahi negaranya lagi tapi pemain-pemain Jerman tidak perlu risau. Jika mereka bermain dengan baik seperti sebelum ini maka mereka boleh menidakkan ramalan Paul..

Mungkin juga ramalan itu adalah ramalan palsu..Yalah sekarang ini macam-macam boleh dibuat di internet hanya dengan menggunakan komputer. Jadi apapun ramalan Paul pada kali ini mungkin telah dipengaruhi oleh 'sesuatu' yang kita di sini tidak tahu...Ramalan itu di buat jauh di Eropah sana sedangkan yang berada jauh dari tempat itu hanya berpeluang menunggu apa jua keputusan yang disajikan oleh Munzig..

Kadangkala media juga yang membuat semua spekulasi ini dan ini akan membawa banyak keuntungan kepada pihak-pihak tertentu sekaligus penambahan populariti akhbar tersebut.

Jadi kesimpulannya ialah hanya anda yang mampu menentukan siapa pilihan anda yang sebenarnya.. Anda tentu tahu menilai keupayaan barisan pasukan yang akan diturunkan nanti dan persembahan merekalah yang sebenarnya akan menentukan keputusan perlawanan antara Spain dan Germany itu nanti..

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Monday, July 5, 2010

SOTONG KURITA MERAMAL PERLAWANAN SPAIN DAN GERMANY?? BOLEHKAH DIPERCAYAI LAGI??



Haiwan memang selalu dikaitkan dengan kebolehannya mengetahui sesuatu yang berlaku sebelum manusia sempat mengetahuinya. selalunya haiwan ada 'psikik' dalam meramal sesuatu kejadian umpamanya gempa bumi sebelum manusia tahu mengenainya..Kita lihat sahaja kejadian tsunami yang berlaku di lautan hindi yang lepas di mana gajah-gajah di Thailand dilaporkan tidak tenang dan berlari ke arah tanah yang lebih tinggi. Manusia hanya mengetahui kejadian itu selepas tsunami itu datang...

Baru-baru ini kejadian luarbiasa dalam bolasepak juga berlaku apabila seekor sotong kurita peliharaan bernama 'Paul' yang dipelihara di akuarium Oberhausen Jerman dapat meramal dengan tepat keputusan perlawanan antara Jerman dan England. Apabila diberikan pilihan, sotong itu tanpa ragu-ragu memilih tong yang dipasangkan bendera Jerman berbanding England dua hari sebelum perlawanan berlangsung.

“Ramalan Paul satu menakjubkan. Ia berenang ke arah bekas yang bertanda bendera Jerman, memanjat dan menutup bekas itu sebaik ia duduk di dalamnya,” kata Munzig.

'Paul' dilahirkan di United Kingdom dan dipindahkan ke akuarium itu  menjadi selebriti dalam sekelip mata selepas meramalkan dengan tepat kekuasaan Jerman mengalahkan Australia dalam perlawanan pembukaan dan kemudian kalah kepada Serbia sebelum menang dengan Ghana.

Adakah secara kebetulan sahaja? Hakikat yang 'Paul sudah lima kali meramal keputusan perlawanan melibatkan Jerman memang amat menakjubkan. Semasa Jerman kalah kepada Serbia pun dapat diramal oleh sotong yang berkebolehan ini..

Haiwan lain memang ada kalanya dapat meramal sesuatu kejadian itu dengan lebih awal. Mungkin ini adalah anugerah Allah kepada makhluk ini. Pernah satu kejadian yang pernah saya saksikan di mana pada satu senja anjing peliharaan jiran saya menyalak dan berlari tidak henti-henti seolah-olah ada sesuatu yang dia nampak.. Tetapi kejadian hanya berlaku pada awal pagi besoknya di mana rumah jiran saya telah musnah dalam kebakaran..
Semua orang memang akan tertunggu-tunggu apakah ramalan yang dibuat oleh 'Paul' ke atas perlawanan antara Sepanyol dan Jerman.. Adakah 'Paul' akan memihak kepada Jerman pada kali ini atau dia memberikan sokongan kepada Sepanyol? Sama-sam kita ketahui nanti dan ikuti perkembangannya melalui internet.. Itupun kalau Munzig mahu mendedahkan ramalan sotongnya pada kali ini.. Saya pasti para penjudi akan melakukan sesuatu agar ramalan 'Paul' tidak akan diketahui umum untuk memudahkan mereka memenangi taruhan mereka nanti..

Sama-sama kita nantikan... 

Blog/web lain yang menceritakan mengenai 'Paul':


 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Sunday, July 4, 2010

Sotong Kurita peramal keputusan pertandingan yang melibatkan Germany?? Tepat..

Setakat mana kehebatan anda dalam meramal keputusan perlawanan bolasepak piala dunia pada kali ini? Berapa kali ramalan kalah menang anda tepat mengikut keputusan perlawanan? Aku mengagak yang tentu anda telah kena beberapa kali dengantepat tetapi tahukah anda bahawa ada satu peramal yang paling hebat di Jerman di mana setakat ini semua ramalannya mengenai perlawanan yang melibatkan Jerman belum pernah salah?? Peramal ini hanyalah seekor Octopus atau sotong Kurita. Ketepatannya adalah dapat meramal yang Jerman akan kalah dengan Serbia dalam peringkat kumpulan...Cuba tengok cerita selanjutnya di link dibawah:

di sini..     atau   videonya

Kalau aku pandai main judi..hahaha???



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, June 30, 2010

HEBATNYA BOLASEPAK PIALA DUNIA SAMPAI AKU TERLUPA SESUATU....

Salam semua,

Bolasepak Piala dunia 2010 kini sudah memasuki peringkat suku akhir yang akan bermula pada 2 julai 2010. Dalam keasyikan menonton piala dunia ini beberapa perkara yang selalu aku jarang miss telah 'termiss' tahun ini.. Bukan sengaja tidak mahu melihat perkembangan sukan lain tetapi sukan itu benar-benar telah ditenggelami oleh kehebatan piala dunia ini..

 
Aku sebenarnya bukan hanya peminat bola..Sukan lain yang aku minat ialah golf dan tennis.. Tetapi disebabkan oleh bolasepak piala dunia ini aku telah 'termiss' dua kejohanan besar iaitu golf US open dan Tennis Wimbledon Open.. kedua-duanya seumpama piala dunia juga dalam dunia sukan masing-masing..



 








Ini hanya dalam sukan sahaja..Mungkin banyak lagi kesan bolasepak ini yang membuatkan kita terlupa kepada apa yang berlaku di sekeliling kita umpamanya isu Palestine.. Walaupun dengan kehangatan piala dunia ini tetapi negara Palestine terus-menerus di bedil oleh rejim Zionis dan isu ini tidak patut kita abaikan.

Selain dari itu ada juga yang sedikit sebanyak telah mengabaikan keluarga pada masa piala dunia ini. Ada orang yang telah mengabaikan perbelanjaan keluarga kerana telah kalah teruk berjudi piala dunia.. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana banyak tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis kerana terlibat dalam perjudian ini..

Kita memang telah terlepas pandang beberapa perkara sempena piala dunia kali ini..

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Monday, June 28, 2010

BRAZIL VS CHILE...Photo yang pasti semua orang ingin kita lihat di piala Dunia 2010

 Pastikan anda menonton pertembungan dua kuasa bola sepak benua Amerika Selatan ini..
Pasti sengit dan saksikanlah banner yang paling hangat untuk perlawanan ini



Amacam??
Ok kah banner ini?
hahaha.


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
 
Bookmark and Share
Share

Sunday, June 27, 2010

AWAS SEMUA BOOKIE....POLIS BERTINDAK LEBIH AGRESIF TERHADAP BOOKIE

27th June, 2010

KUALA LUMPUR: Polis akan bertindak lebih agresif dalam membanteras kegiatan pertaru- han haram bola sepak Piala Dunia 2010 yang kini memasuki pusingan kedua, Pengarah Jabatan Sia- satan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin.
Beliau berkata polis akan meningkatkan lagi pemantauan, risikan, tindakan dan serbuan di seluruh negara.
“Pemantauan secara agresif akan terus dijalankan bagi mematahkan banyak lagi kegiatan sindiket haram itu agar tidak terus-menerus meracuni fikiran orang ramai supaya bertaruh.
“Kalau tidak kerana kekurangan tenaga kerja, tentu pasti ramai lagi sindiket dapat dipatahkan dan bookie dapat ditahan,” katanya.
Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula sejak 11 Jun kini memasuki pusingan kalah mati yang melibatkan lapan perlawanan oleh 16 buah negara sebelum perlawanan peringkat suku akhir, separuh akhir, tempat ketiga dan perlawanan akhir pada 11 Julai depan.
Bakri berkata bookie pertaruhan haram bola sepak Piala Dunia kini berada dalam keadaan cacing kepanasan ekoran gerakan pantas dan bertalu-talu oleh pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan itu.
Malahan, katanya ada yang ber- tindak melarikan diri ke luar negara apabila menyedari bahawa kegiatan haram mereka itu telah dikesan oleh pihak berkuasa dan paling mengejutkan ada di kalangan mereka terdiri daripada orang kenamaan yang bergelar ‘Datuk’.
Beliau berkata bagaimanapun mereka ini tidak akan dapat bersembunyi lama, ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjejak mereka meskipun mereka berada di luar negara.
Beliau berkata PDRM kini menjalinkan kerjasama risikan dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan individu terbabit dan membanteras habis-habisan kegiatan tersebut.
“Kita sudah kenalpasti mereka dan tahu di mana mereka berada, kita akan terus menjejak mereka dengan bantuan Interpol dan rangkaian risi- kan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata PDRM telah mengadakan mesyuarat dengan Interpol dan rangkaian risikan dari pihak berkuasa luar negara dan telah memperoleh lebih pengetahuan dalam bagaimana sindiket dan bookie ber- operasi.
Katanya sejak 11 Jun, polis telah melakukan 156 serbuan di mana 90 daripadanya menghasilkan kejayaan dengan menahan 120 anggota sindiket pertaruhan haram termasuk bookie serta kaki judi berusia 15 hingga 73 tahun dan merampas wang pertaruhan RM300 juta.
Bakri berkata kebanyakan serbuan dijalankan di Pulau Pinang, diikuti Johor, Selangor dan Melaka.
Katanya sehingga kini di Selangor sebanyak 13 sindiket haram berjaya dipatahkan dengan nilai taruhan hampir RM5 juta dirampas dan 21 orang termasuk seorang wanita ditahan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh atau taksub untuk terus bertaruh meski- pun dijanjikan habuan lumayan, ini kerana mereka yang bersekongkol turut akan dikenakan tindakan.
Kegiatan berjudi hanya akan membawa masalah sosial lain seperti jenayah dan kegiatan meminjam wang daripada ceti haram, katanya.

Sumber:
Sabahtimes


p/s:
So kepada semua bookie-bookie anda harus berfikir banyak kali sebelum anda melakukan kerja anda kerana pihak polis akan tegas terhadap anda... jangan harap anda akan dapat "mengatur" pihak polis kerana mereka akan "jujur" dalam membenteras aktiviti anda...



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, June 25, 2010

APA PEMAIN BOLA AKAN LAKUKAN SEBELUM SEPAK MULA?

Sebelum sepak mula dilakukan dalam permainan bola sepak apakah yang akan atau harus dilakukan oleh para pemain? Biasanya apa yang dilakukan ialah kata-kata antara pemain yang memberikan semangat antara satu sama lain..  Juga mesti mengingatkan tentang taktik pasukan yang telah dibincangkan.. dan yang paling utama ialah berkumpul dan berdoa untuk kejayaan pasukan masing-masing.


Cuba perhatikan apa yang dilakukan oleh para pemain di atas.. Pasukan berbaju merah sedang berkumpul dan saling memberikan semangat antara satu sama lain.. Apa yang pasukan berbaju oren lakukan..semua sedang berdiri..ya mungkin berbincang taktik secara santai..

Yang bestnya ialah pemain berbaju oren yang ditandakan..lain pula yang dia cuba lakukan...
Bermain bolasepak kah atau membaja padang yang kurang subur?

hahah..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.


Bookmark and Share
Share

Monday, June 21, 2010

DISEBABKAN BOLA...ADEGAN YANG TAK INGIN KITA LIHAT


Saya tertarik dengan kartun langkawit ini..
Saudara Langkawit memang seorang Kartunis yang kreatif dengan kartun-kartunnya yang berunsurkan isu semasa.. Saya memang seorang peminat beliau.
Cuba amati kartun yang beliau lukiskan ini....
 


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 


Bookmark and Share
Share

Friday, June 18, 2010

REKABENTUK BOLA MEMPENGARUHI KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLASEPAK PIALA DUNIA

Salam,

Perlawanan bolasepak piala dunia di Afrika Selatan baru memasuki pusingan kedua dan ada beberapa rungutan yang jelas kedengaran terutamanya di kalangan pemain dan pengurus serta jurulatih pasukan-pasukan yang bertanding..

Satu perkara yang jelas ialah penggunaan bola jenis jabulani yang diciptakan khas untuk piala dunia pada kali ini yang mana bila ditendang akan menghasilkan curve  atau lencongan yang agak besar dan ini tentu akan menyukarkan mana-mana penjaga gol. Tetapi ianya juga merupakan satu kelebihan kepada penendang bola terutama jika ada tendangan bebas di depan pintu gol...

 



Antara bola yang digunakan pada piala dunia kali ini..

Beberapa pemain telah menjadi mangsa bola antaranya Robert Green (G-keeper England). Deigo Maradona juga melahirkan pendapat yang sama mengenai bola tersebut.. dalam kenyataannya penggunaan bola tersebut membuatkan jaringan pada piala dunia kali ini amat sedikit..

Tetapi apapun alasannya keadaan ini harus dijadikan cabaran kepada semua pemain dan pasukan yang bertanding untuk menambahkan lagi mutu perlawanan.. Ada pemain yang cepat menyesuaikan diri dengan keadaan dan semua pemain lain harus mengikuti langkah yang sama.

Bukan mencari alasan atas kekalahan mereka kepada perkara yang remeh-temeh ini... 
GOOOO ENGLAND...




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, June 10, 2010

1 HARI LAGI ISTERI-ISTERI AKAN KESEJUKAN...???

Tinggal satu hari lagi ramai isteri akan mengeluh kerana kesejukan sewaktu tidur malam.. Bukan kerana tiada selimut tetapi ini kerana isteri-isteri akan tidur berseorangan kerana si suami akan bangun malam untuk menonton perlawanan bolasepak piala dunia..

Dipercayai kebanyakan suami adalah peminat bolasepak dan yang tidak minat pun akan bangun juga untuk menonton pertandingan 4 tahun sekali itu.. Jadual perlawanan yang kebanyakannya  diadakan pada jam 2 atau awal pagi menyebabkan peminat bolasepak juga akan bangun pada waktu itu.

Bukan isteri saja yang mengeluh bahkan ada suami yang terpaksa menyiapkan bantal tambahan untuk dipeluk kerana isterinya merupakan peminat tegar permainan bolasepak. Bukan itu saja malah cikgu-cikgu yang mengajarpun dikhuatiri tidak dapat menumpukan perhatian semasa mengajar kerana mengantuk..Murid-murid sekolah juga akan terlibat sama.

Ada juga penunggang motorsikal dan pemandu kereta yang terjatuh ke dalam parit akibat tertidur semasa memandu kenderaan masing-masing..

semua kejadian yang pelik-pelik ini dikatakan ada kaitan dengan pertandingan bolasepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan.. Harap-harap kita tidak akan jadi statistik kejadian...

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini