CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, August 6, 2010

Bullock dahului senarai artis wanita kaya - Forbes


LOS ANGELES 4 Ogos - Tahun 2010 membawa suka-duka bagi Sandra Bullock kerana memenangi anugerah Oscar sebagai pelakon wanita terbaik dalam filem Blind Side, disusuli dengan perceraian dengan suami yang curang, Jesse James.

Namun Bullock semalam sekali lagi menduduki tangga teratas dalam senarai Hollywood apabila laman web kewangan Forbes.com mengisytiharkan beliau sebagai aktres dengan bayaran tertinggi sejak 12 bulan lalu.

 Sandra Bullock



Bullock memperoleh pendapatan AS$56 juta (RM179.2 juta) daripada dua filem popular di box office, komedi romantik The Proposal dan filem bola sepak Amerika, The Blind Side. Aktres itu bukan saja menerima bayaran kerana berlakon tetapi turut mendapat sebahagian daripada keuntungan, dan bagi kedua-dua filem, pungutan box office adalah besar.

The Blind Side dengan bajet hanya sekitar AS$30 juta (RM96 juta) memperoleh pungutan hampir AS$310 juta (RM992 juta) di seluruh dunia manakala Proposal memungut kurang sedikit daripada AS$320 juta (RM1.02 bilion) dengan kos penerbitan sekitar AS$40 juta (RM128 juta).

Terikat di tangga kedua ialah Reese Witherspoon dan Cameron Diaz dengan masing-masing memperoleh pendapatan AS$32 juta (RM102.4 juta). Angka Forbes.com itu berasaskan pendapatan yang diterima dari Jun 2008 hingga Jun 2010. - Reuters


sumber:

P/s:
Kalaulah aku ada pendapatan yang sebegitu..huhuhu



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

3 comments:

suzzsuzie said...

she's my fav artist....sandra bullock.....

suhaisweet said...

Nice one!, Visit my latest, goin' to touch ur heart, hopefully ;D

iddinm said...

suzzsuzie:
Mine to..:-)

Entri-Entri terkini