CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, August 19, 2010

Era "RAHMAN" SUDAH BERAKHIR? Begitu juga UMNO dan Barisan Nasional??

Aku ada satu gambar yang aku dapat dari Facebook..


Mungkin ramai yang tahu tentang perkara "Rahman" ini. Ia adalah cerita mengenai urutan kepimpinan utama iaitu 'Perdana Menteri Malaysia. Tunku Abd Rahman adalah perdana menteri Malaysia yang pertama.. Nama beliau "RAHMAN" menjadi dasar kepada siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.

R - Rahman
A - Abd Razak
H - Hussien Onn
M - Mahathir
A - Abdullah
N - Najib

Apakah semua ini hanya sebagai kebetulan? Kalau saya tak silap ada seorang peramal berbangsa India (saya lupa namanya) telah meramalkan perkara ini pada zaman Tun Hussien lagi. Dan sekarang ianya telah menjadi kenyataan samada ianya hanya kebetulan atau tidak.

Urutan "RAHMAN" telah berakhir? Adakah ini juga menandakan bahawa zaman pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional juga akan berakhir di Malaysia setelah memegang tampuk pemerintahan sejak zaman kemerdekaan lagi.

Jika kita memandang kepada senario politik masa kini semua kemungkinan ini akan berlaku. PRU12 memperlihatkan segala-galanya dengan lebih banyak kawasan "ditawan" oleh parti Pakatan Rakyat (PR). Beberapa negeri yang dulunya adalah kawasan kuat BN telah dirampas oleh parti PR.

Selain dari keputusan dalam PR12, keputusan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil juga nampak lebih memihak kepada PR. Di Semenanjung dan Sarawak banyak keadaan di mana BN terpaksa mengigit jari. Malah di sesetengah kawasan BN telah mengalami kekalahan teruk ke tangan parti PR.

Apakah pengundi sekarang yang terdiri dari rakyat yang lebih matang dalam membuat pilihan cuba untuk membuat satu kelainan? Atau mereka mahukan satu kerajaan baru? Mungkin banyak benda yang berlaku dalam kepimpinan BN sekarang yang memang tidak disenangi oleh rakyat.

Tapi realitinya mengikut sejarah yang telah berlalu di Malaysia, pemimpin memang berganti tetapi cara pemerintahannya "tetap sama". Apa yang saya maksudkan tetap sama? Saya rasa tak perlu hurai panjang.. cuma saya katakan bila tukar kerajaan lama kamu fikir kerajaan baru ini akan kerja "alim" macam ulama? Dulu janji buat perubahan...fine..perubahan memang ada dan sana sini ada pembangunan walaupun agak perlahan sedikit tapi yang tak berubah ialah sifat seorang pemimpin itu yang sentiasa tamakkan harta (banyak harta atas nama orang lain juga termasuk tanah dan lain2). Kakitangan yang dulu dia dakwa rasuah tidak pun nampak perubahannya..tetap rasuah juga. macamana ni?

Ada juga pemimpin yang kalau kita apply tanah nenek-moyang kita buat geran terpaksa tunggu masa yang agak lama untuk proses...Itu pun staf-stafnya sana-sini meminta wang kopi sebagai wang pemprosesan. Kita cakap benda yang terjadi, atasan bilang "mana bukti?" Kamu ingat kerja kami ini hanya untuk mencari bukti perlakuan seperti ini dalam kerajaan tuankah... Mana sudah kakitangan yang ditugaskan untuk menyiasat penyelewengan seperti ini... takkan makan gaji buta?? sambung cerita..kalau orang kuat kerajaan yang apply tanah .."lulus" kau boleh pergi tanam kelapa sawit sekarang, tapi jangan pakai nama tuanlah"...begitu mudah sekali kerana yang kasi lulus sudah penuh poket. Kalau orang kampung yang apply yang hanya hantar borang permohonan kosong...huh...jangan haraplah... Tunggu tahun hadapan. @ sepuluh tahun akan datang..

Mungkin pimpinan kita boleh tukar tapi saya percaya hala tujunya mungkin sama.. Penyelewengan tetap tak terkawal dan siapa tahu ianya mungkin menjadi lebih teruk?

Akhirnya kita yang sepatutnya menentukan siapa yang berhak mentadbir negara kerana di kedua-dua pihak samada BN atau PR saya percaya kita tidak boleh lari dari benda ini.. Hanya rakyat yang boleh menentukan hala tuju cara pentadbiran negara kita Malaysia..




Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

2 comments:

Unknown said...

baik bn,mahupun pkr,semuanya sama saja.Cuba fikirkan,tiada satu pun kerajaan yang sempurna.SekiranyaPKRmenang pun,adakah senario akan berubah?PKR juga seperti BN,pemimpin bertukar tetapi halanya tetap sama.

iddinm said...

Saya macam bersetuju sangat dengan komen anda... tiada jaminan yang sekiranya pimpinan ditukar maka segalanya bertukar....lebih kurang sama saja...

Entri-Entri terkini