Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, August 18, 2010

Aku berjaya tangkap 2 ekor nyamuk tetapi tidak setanding dengan Huang Yu-Yen..

Anda ingin menjadi pembunuh nyamuk yang terkenal? Jika diberikan kesempatan untuk membunuh nyamuk agak-agaknya berapa nyamuk yang akan anda bunuh? Masalahnya ialah anda kena cari sendiri nyamuk itu kemudian bunuhnya dan kumpul untuk ditunjukkan sebagai bukti yang anda telah membunuh nyamuk sebanyak itu..

Nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi tinggal berhampiran kita jika kita memberikannya tempat tinggal dan pembiakan yang baik.. Oleh itu kita mesti mengikut garis panduan yang diberikan oleh jabatan kesihatan dalam memusnahkan tempat nyamuk ini agar ianya tidak membiak di situ..
 
Ada beberapa photo yang aku ingin kongsi bersama dalam projek aku menangkap nyamuk:
 
 
 Inilah nyamuk-nyamuk yang aku berjaya tangkap dalam setengah jam..hehe

                               Sayangnya darah aku yang di hisap oleh nyamuk ini...


Aku berjaya tangkap 2 ekor nyamuk tetapi tak setanding dengan Huang yang aku ceritakan di bawah..



Di Taiwan Huang Yu-Yen telah menjadi juara dalam pertandingan membunuh nyamuk yang dianjurkan oleh Imbictus International sebuah syarikat yang mengkhusus dalam pengawalan serangga. Huang dikatakan telah membunuh 1.5 kilogram nyamuk atau kira-kira 4 juta ekor nyamuk sebulan.. Dalam pertandingan itu Huang telah mengumpul sekali ganda lebih banyak nyamuk dari peserta pemenang tempat kedua.

Dengan kemenangan ini Huang dicatatkan sebagai pembunuh nombor satu nyamuk di dunia dalam buku World Guinness Book of Records. Pertandingan  membunuh nyamuk itu diselanggara bagi menjayakan kempen Kerajaan Taiwan dalam mengawal penyakit denggi berdarah dan malaria yang amat memudaratkan manusia.

Aku memang mengagumi kecekalan Huang ini dalam menjayakan pertandingan ini. Bukan senang untuk mengumpul 4 juta ekor nyamuk. Ataupun 1.5 kilogram? kejayaannya itu memang boleh dikatogerikan sebagai satu kejayaan yang besar bagi seorang manusia. 

Huang menerima wang tunai USD3,300 dengan kemenangan ini. Semua hadiah disponsor oleh Imbictus international..The Herald Sun.


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.


Bookmark and Share
Share

3 comments:

HaFizRahMaN.com said...

gila lah..haha

puteri cahaya. said...

sgt geram dgn nyamuk...

iddinm said...

Nyamuk memang menggelikan bila datang mengerumuni kita apatah lagi apabila ia dah mula mengigit dan menghisap darah...

Dan yang paling teruk ialah ia bawa virus penyakit sekali...

Entri-Entri terkini