CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, August 22, 2010

Hidup seorang blogger - contest oleh Denaihati - siapa "king of SEO?"

Contest 'hidup seorang blogger' yang dianjurkan oleh Denaihati untuk menguji siapa champion atau juara SEO di sistem carian Google. Aku yang perasan blognya macam blog Beautiful Nara ataupun laman web lain yang terkenal seperti Denaihati, tertunggu-tunggu akan kehadiran puluhan ribu 'unique visitor'. Cheh.. tak sedar diri.. blogger cikai macam aku ni sekadar mencuba-cuba nasib dalam contest ini.

Sebut saja SEO atau SERP...namanya sahaja yang aku pernah dengar dan bagaimana kedua-dua ini berfungsi... aku juga kurang tahu. Tips-tips Blogger Ariff yang tengah ngetop dalam dunia blogging Malaysia dengan Allexa Traffic Rank sekitar 65,000 banyak memberi aku penerangan tentang permainan ini. Walaupun begitu oleh kerana penyertaan ramai blogger-blogger mantap yang lebih senior dan pakar dalam SEO turut menyertai contest ini aku rasa tak ada peluang langsung memcapai sesuatu dalam contest ini..

Blogger macam aku ni yang selalunya hanya sekali-sekala mengupdate blog aku, layakkah aku digelar blogger.. Hidup sebagai seorang blogger memerlukan banyak pengorbanan dan pengorbanan itu sebenarnya yang akan menjadikan anda seorang blogger yang berjaya..

Dalam dunia blogging ini jika orang kenal anda macam Tun Mahathir bila anda menulis apa-apa pun orang akan datang baca entri anda. Saya percaya dalam dunia blogging jika anda bukan siapa-siapa maksud saya bukan artis terkenal, atau ahli sukan terkenal atau pemimpin terkenal anda perlu lipatgandakan usaha anda untuk mengetengahkan segala idea dan tulisan anda ke serata pelusuk dunia melalui internet. Cara penulisan yang betul, penggunaan keyword yang baik dan niche yang baik serta backlink kepada blog yang lebih terkenal akan menjadikan blog anda akan mula dikenali dan tidak mustahil suatu hari nanti anda akan turut menjadi terkenal mungkin mengatasi blog bloger-bloger pujaan anda sebelum ini.

Apapun keadaannya, hidup seorang blogger itu terikat pada komitmen yang tinggi jika ingin berjaya. Kejayaan itu pasti akan datang suatu hari nanti..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

2 comments:

Unknown said...

join ke contest tu? main seo ne kena banyak research ckit..

tapi juz nk kongsi tips..apis ade try ari tu..tup2 trus top 1 dlm google..klu x caye try taip (puting beliung jasin)

tipsnyer ialah, bila ade berita yg hot2 cepat2 publish..lg2 klu ade siap ngan video youtube..lg la kow2 nyer..hehhe

iddinm said...

Good idea Hafiz...
Sebenarnya aku saja nak join utk memeriahkan contest ini.. Sebenarnya aku tau yang memang tak de peluang langsung dengan pengetahuan yang tak seberapa tentang SEO tapi join ja suka2 la...

Entri-Entri terkini