CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Hidup seorang blogger. Show all posts
Showing posts with label Hidup seorang blogger. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

Heboh..bonus raya...siapa Juara SEO, HIDUP SEORANG BLOGGER - denaihati... Otai SEO terhandal masuk bertanding

Hidup seorang blogger yang kesuntukan masa dalam mengupdate blognya mengundang bahaya kepada dirinya sendiri apabila badanya semakin kurus dan tidak sihat akibat dari kekurangan tidur yang dialaminya selama beberapa hari kerana mencari bahan-bahan yang boleh ditulis diblognya melalui internet..

Semalampun sewaktu pergi shopping di KL Mall, dia sentiasa memegang telefonnya dan mengambil apa-apa gambar yang lalu di depannya yang dia fikirkan boleh dimasukkan ke dalam blognya nanti. Dalam hatinya "aku ingin ikut contest hidup seorang blogger yang dianjurkan oleh Denaihati tu" katanya. Kalau menang besar hadiahnya..

Buat sementara ini dia berazam untuk mengurangkan masanya bermain Facebook, myspace, friendster dan banyak lagi website kegemarannya semata-mata kerana ingin memajukan blog caplangnya itu.

Hari itu tersepak batu di jalan pun tidak dirasakan olehnya akibat penangan pertandingan yang dianjurkan oleh Denaihati itu. Beliau tahu yang google SERP sukar untuk buat rating ke atas blognya yang hanya luas sekankang tanah tu.. Kalau diumpamakan air di kolam mungkin saiznya hanya setitis dari ke semua isi air kolam tersebut.

Bukan macam denaihati besar dan sudah mula gah di peringkat antarabangsa. Sudah boleh menganjurkan pertandingan SEO hidup seorang blogger. Denaihati juga sudah tersenarai sebagai Top 10 blog Melayu di Malaysia di mana ianya setanding dengan blog bloger-bloger terkenal seperti Rohaizad, Arrifshah, Kujie dan lain-lain. Sebelum ini pun Denaihati telah menganjurkan banyak pertandingan dengan hadiah yang boleh dikirakan menarik juga lah. Sudah pasti selepas pertandingan ini laman web ini akan menjadi lebih popular dan lebih tinggi PR nya dalam dunia internet.

Penyertaan blogger dari negara jiran Indonesia dalam contest hidup seorang blogger ini juga menjadikan persaingan menjadi lebih sengit kerana setahu dia blog-blog dari negara jiran itu mempunyai pengunjung yang berlipatkali ganda berbanding dengan blog-blog di negara ini. tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba.. siapa tahu nasib ditangannya pada kali ini..

Walaupun telah menyertai pertandingan SEO hidup seorang blogger tetapi entri post harian tidak dilupakan dan harus dibuat supaya kewujudan blognya itu terus dirasakan. Dirinya terasa bangga juga kerana tersenarai di antara 70 blogger yang menyertai contest hidup seorang blogger itu.. Semua orangpun ada mengatakan yang contest ini disertai oleh 70 blogger hebat atau otai walaupun dia sedar yang sebenarnya siapa dirinya dalam dunia blogging ini..hehe..

selamat berjaya kepada semua blogger yang menyertai contest hidup seorang blogger ini..Tak lupa juga diucapkan tahniah kepada yang berjaya nanti..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Sunday, August 22, 2010

Hidup seorang blogger - contest oleh Denaihati - siapa "king of SEO?"

Contest 'hidup seorang blogger' yang dianjurkan oleh Denaihati untuk menguji siapa champion atau juara SEO di sistem carian Google. Aku yang perasan blognya macam blog Beautiful Nara ataupun laman web lain yang terkenal seperti Denaihati, tertunggu-tunggu akan kehadiran puluhan ribu 'unique visitor'. Cheh.. tak sedar diri.. blogger cikai macam aku ni sekadar mencuba-cuba nasib dalam contest ini.

Sebut saja SEO atau SERP...namanya sahaja yang aku pernah dengar dan bagaimana kedua-dua ini berfungsi... aku juga kurang tahu. Tips-tips Blogger Ariff yang tengah ngetop dalam dunia blogging Malaysia dengan Allexa Traffic Rank sekitar 65,000 banyak memberi aku penerangan tentang permainan ini. Walaupun begitu oleh kerana penyertaan ramai blogger-blogger mantap yang lebih senior dan pakar dalam SEO turut menyertai contest ini aku rasa tak ada peluang langsung memcapai sesuatu dalam contest ini..

Blogger macam aku ni yang selalunya hanya sekali-sekala mengupdate blog aku, layakkah aku digelar blogger.. Hidup sebagai seorang blogger memerlukan banyak pengorbanan dan pengorbanan itu sebenarnya yang akan menjadikan anda seorang blogger yang berjaya..

Dalam dunia blogging ini jika orang kenal anda macam Tun Mahathir bila anda menulis apa-apa pun orang akan datang baca entri anda. Saya percaya dalam dunia blogging jika anda bukan siapa-siapa maksud saya bukan artis terkenal, atau ahli sukan terkenal atau pemimpin terkenal anda perlu lipatgandakan usaha anda untuk mengetengahkan segala idea dan tulisan anda ke serata pelusuk dunia melalui internet. Cara penulisan yang betul, penggunaan keyword yang baik dan niche yang baik serta backlink kepada blog yang lebih terkenal akan menjadikan blog anda akan mula dikenali dan tidak mustahil suatu hari nanti anda akan turut menjadi terkenal mungkin mengatasi blog bloger-bloger pujaan anda sebelum ini.

Apapun keadaannya, hidup seorang blogger itu terikat pada komitmen yang tinggi jika ingin berjaya. Kejayaan itu pasti akan datang suatu hari nanti..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Saturday, August 21, 2010

ZACKZUKHAIRI.BLOGSPOT.COM, Laman Web Personal dengan domain Blogspot mempunyai ratusan pengunjung "ONLINE"?? Dahysat..

Aku memang kagum dengan blog Mat Gebu iaitu MyResipi.com tetapi ini adalah blog masakan dan resipi.. Visitor on line beratus-ratus memang mengagumkan tapi bagaimana jika blog peribadi yang hanya menggunakan domain blogspot mempunyai ratusan pengunjung? Bukankah itu memang satu pencapaian? Bila aku menulis berkenaan dengan Myresipi di entri aku yang lepas yang mana blog ini mempunyai pengunjung yang mengagumkan Cikgu Dahlia ada menulis dalam komennya berkaitan dengan blog ini. Zackzukhairi pemilik blog Realiti konspirasi ini memang telah melakukan sesuatu yang mengagumkan di sini.


Online dalam satu masa 450++... memang hebat.. jika di lihat dari jumlah entri, beliau hanya ada beberapa entri dalam sebulan tetapi semuanya panjang-panjang dan menceritakan secara detail apa yang ingin beliau sampaikan. Dengan gaya penulisan yang bersahaja tidak hairanlah jika beliau mempunyai follower melebihi 5K dan lebih 12K menyukai Realiti konspirasi di Facebook..

Di sinilah peranaan follower memainkan peranaannya dalam menjana traffik ke blog beliau. oleh kerana beliau berjaya mengolah sesuatu cerita itu dengan baik dan dengan simple maka ramai yang meyukai hasil karya beliau ini..

Korang sendiri boleh melawat blog beliau di sini jika korang ingin tahu lebih lanjut tentang blog beliau. Mungkin ramai juga yang sudah tahu mengenai blog beliau kerana siapa yang tidak tahu mengenai blog yang mempunyai begitu banyak pelawat? Jadi selamat datang ke blog Zackzukhairi...




Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Monday, August 16, 2010

SEO Contest "HIDUP SEORANG BLOGGER" / Denaihati...hadiah lumayan...mari mencuba

Hidup seorang blogger umpama wartawan yang dahagakan berita. Kesibukan hidup seorang blogger yang sentiasa inginkan visitor memerlukan banyak masa dalam menulis sesuatu penulisan dengan baik, main facebook, myspace, friendster dan sebagainya untuk promote blog mereka.

Anda mungkin kenal serba sedikit mengenai Denaihati.. Denaihati selalu menganjurkan banyak contest sebegini dengan hadiah lumayan sebelum ini.. Tahniah kepada Denaihati atas kejayaan ini dan baru-baru ini Denaihati telah menjadi penaja kepada Blog Ariffshah.

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai SEO Contest  Hidup seorang blogger yang di anjurkan oleh laman web Denaihati. Contest ini akan menguji setakat mana kehandalan anda dalam bermain dengan SEO dalam posting anda. Bagi blogger yang dah mendalami pengetahuan mengenai SEO terutama yang sudah boleh dipanggil otai tu aku rasa inilah kesempatan yang ada pada mereka untuk memiliki hadiah yang ditawarkan iaitu agak lumayan juga dan juga memperlihatkan setakat mana pengalaman mereka dapat diaplikasikan di sini.. Lihat photo yang aku print skrin dari denaihati..(sorry tuan tanah..aku print skrin tanpa kebenaran)..hadiah memang agak lumayan..

Contest ini mendapat penyertaan ramai dari blogger-blogger samada yang lama atau pun baru.. Anda boleh ckeck siapa peserta yang telah mendaftarkan nama mereka. Ada juga yang nak masuk kerana suka-suka sekadar ingin menguji kehebatannya dalam berblogging. Tidak rugi mencuba kerana hadiahnya cukup berbaloi jika anda berjaya..

Untuk keterangan lanjut mengenai syarat pertandingan dan hadiah-hadiah yang ditawarkan baik anda ke link ini (Denaihati)..


Selamat mencuba mana tahu kalau anda berjaya pendapatan anda lebih lumayan dari bayaran iklan nuffnang tau.hehe.. sorry nuffnang..

Mungkin aku juga mencuba kalau ada kesempatan..  Daftar dulu dan penyertaannya akan diputuskan kemudian...




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini