CELCOM tidak ikhlas apabila memberikan sesuatu ganjaran dalam promosinya. Kenapa aku katakan begitu? Bukankah Celcom sememangnya ikhlas apabila memberikan pelbagai hadiah percuma kepada semua pelanggannya termasuklah tempoh pangilan percuma, menghantar mesej percuma, hantar mms percuma dan sebagainya.
Aku sudah memakai Celcom X-pax selama 6 tahun dan aku rasa memang ianya satu tempoh yang agak lama juga. kesetiaanku terhadap Celcom memang tidak berbelah-bagi dengan aku tidak pernah menukarkan atau memakai perkhidmatan dari rangkaian telefon lain seperti Digi dan Maxis.
Ya memang tidak dinafikan yang Celcom memang seringkali memberikan pelbagai ganjaran terhadap semua pelanggannya tapi cuba lihat apa ganjaran yang aku dapat pada 30 Ogos 2010 baru-baru ini..
Wow... cuba anda betul-betul lihat.. aku diberikan sebanyak 840 sms percuma ke mana-mana nombor Celcom.. banyaknya.. Ianya dikreditkan pada jam 6.12 pm pada 30 Ogos dan hanya sah sehingga 31 Ogos. Aku rasa siapa-siapa pun tidak boleh menghabiskan 840 mesej percuma dalam satu hari...
Memang Celcom tahu hakikat ini dan aku tertanya-tanya kenapa pihak Celcom tidak kasi aku saja 15 juta sms percuma dengan tempoh sah hanya 1 hari?? Sama juga keadaannya..
Tapi apapun benda percuma memang macam itu, sekurang-kurangnya dapat sedikit pun sudah kira memadai. Kalau yang kuat sms dan boleh menghabiskan 100 sms atau rm10 pun sudah kira memadai.. Anyway....Tq CELCOM..
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share
9 comments:
hihihi...mahu untung maa~
ari 2 aku dapat yng 53 minit free call
tapi lpas aku call kreadit aku pon kena tolak!!!!!!
kalu mcm tue, foward kan aja, sms berantai MErdeka wish.. Tujuan nya untuk beri ucapan lar tue..
tp nak tnya, awk pernah tak sms international.. berapa dia cas ek?? kalu mxis rm0.50 kalu celcom??
Iqbalsyarie...
Betul cakap awak tu... Dia promosi tetapi dalam masa yang sama cuba mengabui mata semua pelanggannya agar jumlah yang diberikan kelihatan besar
Mofasad..
Dulu aku pernah juga dapat 23 min free call tapi sama juga.. lepas call...bila kita check bal...kena tolak juga.. yang betul2 free ialah bila kita birthday
Lizzie..
Tak pernah pula kau sms ke luar negara... tapi aku pasti mahal ooo
hye iddin..hurm,aku rasa pon mmg xptut mcm tu.saje la tu nk tunjuk baik bg msg free,hakikatnya mmg xberbaloi.isk
betul tuh addin..
aku pon pk sama cam ko
yg bebetul 'ikhlas' aku dapat dr celcom adalah langganan percuma majalah pilihan selama setahun.
masa tuh dia bg byk choice gak..aku pilih anjung seri. amik yg mahal skit. setahun free arr dapat. pastuh dapat gak 10% kredit panggilan free.
lelain..sama arr..sekadar mengaburi.
Anyway..kita hargai je apa yang ada..kalau tak suka..kita pilih yang terbaik antara mereka...
Post a Comment